ajari aku untuk bisa......bersedekah...
Matematik Sedekah 10-1=19
Jika anda
mahu harta yang sedia ada berlipat ganda, sedekah adalah jalan yang terbaik.
Kerana Allah juga berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 160 yang membawa maksud,
“Barangsiapa yang membawa amalan yang baik maka baginya (pahala) sepulu kali
lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak
akan diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatan yang dilakukannya,
sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”
Matematik
Sedekah oleh Ustaz Yusuf Mansor
Untuk
memudahkan lagi pemahaman kita tentang amalan sedekah ini, mari kita bersama
menghayati Matematik Sedekah menurut Ustaz Yusuf Mansur. Menurutnya, Allah
telah berjanji akan menggantikan wang yang telah kita keluarkan untuk
bersedekah. Paling menarik, Allah bukan sahaja menggantikan wang yang telah
disedekahkan, tetapi akan menggantikannya sebanyak sepuluh kali ganda dengan
nilai yang kita belanjakan. Sebagai contoh mudah, kita mempunyai RM10, lalu
kita sedekahkan RM1 kepada seorang budak peminta sedekah. Kita mempunyai baki
sebanyak RM9. kita bakal mendapat RM19 dengan janji yang telah Allah buat. Wang
yang telah disedekahkan itu telah digandakan 10 kali ganda iaitu RM10. Maka,
kita akan mendapat RM19 suatu hari kelak sebagai rezeki yang lain.
Orang
yang bersedekah akan memperolehi 5 kebaikan di akhirat iaitu golongan yang bersedekah
akan dipayungkan pada hari Qiamat semasa cuaca sangat panas. Selain itu,
golongan ini juga akan ringan hisabnya. Mereka juga akan mendapat timbangan
amalan kebaikan yang berat. Tambahan lagi, golongan ini akan meniti Titian
Sirat dengan lancar dan pantas. Terakhir, golongan ini akan diangkat darjatnya
di dalam syurga.
Inilah
rahsia sedekah yang tidak diketahui oleh ramai orang. Dengan memberikan sedikit
kesenangan kepada orang lain melalui bersedekah, kita akan memperolehi manfaat
yang tidak ternilai. Dengan niat memberi sedekah untuk menyenangkan bebanan
orang yang memerlukan, tanpa disangka dengan kebaikan itu Allah telah
memanjangkan umur kita, menolak bala dan bencana selain membuatkan kita menjadi
lebih kaya.
keep reading, with luv from azuha
Comments