Wednesday, 9 November 2016

Spain...miss u..

3 tahun berlalu..tapi memori tetap segar umpama semalam...siapa tahu rezeki ..tiada kata2 apabila dpat ke sana....allah lebih mengetahui...first bumi mat saleg ku jejak...dapat pulak jejak bumi andalusia...

Ku nak coretkan setiap minit aku ke sana utk kongsi dng semua tapi tak mampu ku tulis...kerana bila nak tulis..ingatan tergambar seperti aku di sana...senyuman di bibir tak ku sedari...betapa indah ...ya allah semoga engkau panjangkan langkah perjalanan ku ke bumi mekah pula..insya allah..

Saturday, 1 October 2016

Maalhijrah2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Ahad          
1 Muharam 1438H,
2 Oktober 2016.  
                                 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim dalam dakapan 1 Muharam  ini, dengan rasa rendah diri, kami  memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah.

Ya Allah Rabbul Jalil sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadMu.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua. Justeru Ya Allah ampunilah semua dosa kami, berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu Ya Allah.

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami Engkau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah Ya Rahman. Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami Engkau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya.  Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai. Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik2 dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya Azizz, kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka Engkau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar mereka dapat beribadah bersama kami. Ya Allah jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi.

Ya Allah Ya Malikal Mulk…
kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. sebaliknya, janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah bantukanlah kami dalamm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat
kami akan kembali untuk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram, janganlah Engkau jadikan Muharam ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Muharam yang akan datang.

Tapi, andai ia terakhir buat kami,  Engkau rahmatilah kami, berilah kami penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu Ya Allah, jadikanlah ia sebagai penghapus dosa2 kami.

Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Salam maal hijrah....

Kak ha nak hijrah kan diri..so mulakan hari dengan jus ori..

#tomato#carrot #epalhijau#lemon...

Bismillah..

Saturday, 24 September 2016

Selesaikan hutang kita..

*HUTANG DHUHA*
Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ 
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian. 

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...👍👍👍
In shaa Allah...

Thursday, 8 September 2016

#drzakirnaik...jom baca..

Dari: *Dr Zakir Naik*.
...... Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala yg kita mahukan...

Kenapa kita rasa mengantuk apabila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain.
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada hphone tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, dan tetap akan saya ikut selamanya..

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung dengan-Nya...

* Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa drpd jasad org yg mati.. Itu satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut drpd jasad masih ada lagi.
Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita drpd sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita drpd Azab. Aamiin..
..Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
..Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).
..Tiada ajaran secantik Islam.
..Tiada lagu sesedap Azan.
..Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
..Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
..Tiada sembahyang sesempurna SOLAT(Namaz).
..Tiada diet sesempurna PUASA.
..Tiada pengembaraan sesempurna HAJI
....Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna.

Ini perkara biasa kita buat, sebahagian drpd kita bercakap masa tgh Azan...
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati...
BACA DOA INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK..
Allahumma- inni-ala- zhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Doa yg hebat telah dihantar kepada anda. Apa yg anda fikir nak buat dgn Doa ini. Bayangkan kalau 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
Subhanallah!!!
..Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila PHONE BERBUNYI.

..Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota.

Takut ALLAH, seperti anda takut MATI.

Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.

Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT.

.."FAJR" 4/6 Minit.

.."ZUHUR" 6/8 Minit.

.."ASAR" 6/8 Minit.

.."MAGHRIB" 5/7 Minit.

.."ISYAK " 7/10 Minit.

..Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam. ..
Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH .

⚠ 80% orang takkan forward mesej ni

Tuesday, 16 August 2016

Kesian sang suami ...

CORETAN KHAS BUAT SUAMI DAN ISTERI

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?...

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh tuan Syeikh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...