Wednesday, 9 November 2016

Spain...miss u..

3 tahun berlalu..tapi memori tetap segar umpama semalam...siapa tahu rezeki ..tiada kata2 apabila dpat ke sana....allah lebih mengetahui...first bumi mat saleg ku jejak...dapat pulak jejak bumi andalusia...

Ku nak coretkan setiap minit aku ke sana utk kongsi dng semua tapi tak mampu ku tulis...kerana bila nak tulis..ingatan tergambar seperti aku di sana...senyuman di bibir tak ku sedari...betapa indah ...ya allah semoga engkau panjangkan langkah perjalanan ku ke bumi mekah pula..insya allah..

Saturday, 1 October 2016

Maalhijrah2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Ahad          
1 Muharam 1438H,
2 Oktober 2016.  
                                 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim dalam dakapan 1 Muharam  ini, dengan rasa rendah diri, kami  memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'Alim, ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, Janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami Ya Allah.

Ya Allah Rabbul Jalil sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadMu.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua. Justeru Ya Allah ampunilah semua dosa kami, berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu Ya Allah.

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami Engkau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah Ya Rahman. Pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami Engkau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya.  Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah.

Ya Allah kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh, golongkanlah mereka dalam golongan orang2 yang Engkau redhai. Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu, maka Engkau ambillah kami dalam keadaan yang baik2 dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya Azizz, kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Engkau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka Engkau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar mereka dapat beribadah bersama kami. Ya Allah jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi.

Ya Allah Ya Malikal Mulk…
kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu. sebaliknya, janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah bantukanlah kami dalamm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat
kami akan kembali untuk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram, janganlah Engkau jadikan Muharam ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Muharam yang akan datang.

Tapi, andai ia terakhir buat kami,  Engkau rahmatilah kami, berilah kami penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu Ya Allah, jadikanlah ia sebagai penghapus dosa2 kami.

Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Salam maal hijrah....

Kak ha nak hijrah kan diri..so mulakan hari dengan jus ori..

#tomato#carrot #epalhijau#lemon...

Bismillah..

Saturday, 24 September 2016

Selesaikan hutang kita..

*HUTANG DHUHA*
Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ 
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian. 

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...👍👍👍
In shaa Allah...

Thursday, 8 September 2016

#drzakirnaik...jom baca..

Dari: *Dr Zakir Naik*.
...... Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala yg kita mahukan...

Kenapa kita rasa mengantuk apabila SOLAT? Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? Tapi senang utk baca buku lain.
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? Tapi senang je forward benda yg kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada hphone tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA, dan tetap akan saya ikut selamanya..

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung dengan-Nya...

* Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa drpd jasad org yg mati.. Itu satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut drpd jasad masih ada lagi.
Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita drpd sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita drpd Azab. Aamiin..
..Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).
..Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).
..Tiada ajaran secantik Islam.
..Tiada lagu sesedap Azan.
..Tiada amal yang bermakna dari Zakat.
..Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.
..Tiada sembahyang sesempurna SOLAT(Namaz).
..Tiada diet sesempurna PUASA.
..Tiada pengembaraan sesempurna HAJI
....Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna.

Ini perkara biasa kita buat, sebahagian drpd kita bercakap masa tgh Azan...
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, Berhenti melakukan apa2 semasa Azan, walau membaca Quran, sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati...
BACA DOA INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK..
Allahumma- inni-ala- zhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Doa yg hebat telah dihantar kepada anda. Apa yg anda fikir nak buat dgn Doa ini. Bayangkan kalau 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
Subhanallah!!!
..Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila PHONE BERBUNYI.

..Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota.

Takut ALLAH, seperti anda takut MATI.

Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.

Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT.

.."FAJR" 4/6 Minit.

.."ZUHUR" 6/8 Minit.

.."ASAR" 6/8 Minit.

.."MAGHRIB" 5/7 Minit.

.."ISYAK " 7/10 Minit.

..Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam. ..
Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH .

⚠ 80% orang takkan forward mesej ni

Tuesday, 16 August 2016

Kesian sang suami ...

CORETAN KHAS BUAT SUAMI DAN ISTERI

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?...

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh tuan Syeikh.

Thursday, 11 August 2016

Siapa diriku...

Pernah tak anda tanya soalan ini untuk diri anda sejujurnya..


Siapakah aku????


Mengapakah aku dilahirkan ke dunia ini ???

Apakah tujuan sebenarnya aku dilahirkan di dunia ini ???

Apakah sebenarnya yang aku cari dalam kehidupan ini ???

Ke manakah hala tujuku selepas aku meninggalkan dunia kelak.???

Aku ??? Pernah tanya tapi takut dng jawapan dan tiada jawapan jelas kerana aku tahu aku tak ada jawapan....
Anda ????

Jom munasabah diri sekejap...

Wednesday, 10 August 2016

#DRAZIZANOSMAN...terbaekkkkkk.....jom niaga

Salam dan selamat malam... nak share something yang nowadays ni memang kak ha lakukan.... tiap masa yang terluang even tengah dok iron malam-malam baju anak, suami dan baju sendiri tu...biasanya ambil masa gak dalam 1 to 2 jam....so kak ha pun penuhi dengan dengar #drazizanosman punya video dan apa saja mengenai kelasnya....... maklum la sekarang ni cam semangat dan motivasi dah semakin menurun so kak ha perlukan energy balik......gerak hati untuk tonton #drazizan punya motivasi la kan.....biarlah agak terlewat dari orang lain yang dah join kelas dia...janji kak ha masih diberi peluang....... so tiap malam memang cam wajib dengar dan lihat ........ so proud and inspired betul kat dok ...... tengok lak jutawan2 muda ni cam senang je jadi jutawan......kenapa tidak aku ???? so far dan hampir 2 minggu dok layanzzz vidoe2 tu semangat semakin naik balik......so mulai hari ini akan ku buktikan aku tak akan menyerah kalah...... insha allah biar matlamat akhirat mendahului dunia.....insha allah....kerana Mu Allah.... 1. matlamat biar jelas 2. ada mentor untuk penjimatan masa 2. ada elmu marilah kita berniaga walaupun kecil-kecilan dan jual lah apa saja yang kita ada.....jangan nak tunggu ready semua baru nak mula.... siap nak niaga kecil2...jom jual barangan #haio....kita guna kita jual or #dropship produk lain.....dari situ kita kumpul modal.....sekarang banyak tempat dah ada wifi so gunalah dengan bijak pandai.....jangan jadi alasan tiada duit....tak de modal...tak pandai ...tak reti.....dari dok buka facebook dok stalker or skodeng orang punya life baik kita guna utk promote produk....insha allah kalau bukan hari ni ...mungkin esok hari kita.... kalau ada RM50 dah boleh buka bisnes dik.......kenapa perlu tunggu RM500.... kalau 1 barang katakan dapat untung RM3 ....kita jual 10 barang dah RM30 kan dapat hari tu ...lepas la makan... kalau 7 hari dah ada RM210....kalau sebulan dah ada RM840 .......kita target dalam 3 bulan .....bulan ke empat kita ganda lah.... itu contoh mudah je....biarlah untung sikit dulu dari tiada kan.. so sapa pun boleh niaga sekarang ni.......umur bukan penentu... keep reading, with luv from azuha

Tuesday, 9 August 2016

Sakit belakang vs corset

Salam semua...dah lama kan kakha tak bersiaran...cewah cam pengacara lak...tak pe bila agi nak praktis...

Sekarang ramai agi dok tanya...kak ha aktif dak lagi jual produk #korsetpremiumbeautiful , #bbpluscollagen  ni..dan lain2 produk #haio....eh masih....mana leh tinggal bisnes kan.
.lagipun memang dok guna produk2 ni...

Produk berkualiti dan tak luput dek zaman walaupun banyak produk kesihatan dan kecantikan lain tumbuh melata...

Ni baru benar benar produk #superbrand...kualiti dan tak ada produk seumpamanya...rata2 produk #haio memang pioneer dan tiada tanding...tak gitu..

So nak share sikit kenapa korset penting utk kesihatan tambahan lagi untik sapa sapa sakit belakang. Posture badan tak betul #slipdisc .kalau u all masih ingat ada post terdahulu kak ha mengenai kebaikan korset utk sakitbelakang ni...

So seorang kawan ni..dia disaran oleh doktor sendiri untuk pakai korset sebagai support bodyposture ni... ni whatapps kak ha dng kawan tu..

Then kalau korset pun kena tengok gak yg bersesuaian ..material..rekaan..bahan digunakan ..kebaikan dan testimonial pelanggan yg guna kan..maklumlah pelaburan yg tinggi sikit utk kesihatan..jangan la dok cari yg kainnya lembik..gatal dan panas walaupun harga murah...kita kan nak pakai lama...

Then cam #premiumbeautiful ni memang dipercaya dan diyakini sejak 30 tahun lalu..jaminan produk seumur hidup lak tu...

Kak ha share utk u all nilai sendiri k

Kalau rasa nak pakai..call je kak ha or whatapps di no 0133851505..insha allah kak ha bantu mana yang daya..

Sesungguhnya tiap sesuatu yang baik datang dari allah dan mana yang buruk tu..dari kak ha yang daif...

Sama sama jaga kesihatan k..layanzz..

Tuesday, 12 July 2016

#faizul Ridzuan kumpul RM5 juta hartanah di usia muda....jom share story....#Jutawanmuda

pembakar semangat....

Jutawan Hartanah Malaysia, Faizul Ridzuan Koleksi Property RM5 Juta. Dulu, Gaji Pertama Degree RM600 Sebulan. Sekarang?
faizul ridzuan
Nasi sudah menjadi bubur. Kehidupan rakyat marhaen perlu diteruskan.
Susah senang perlu ditempuh juga. Ada yang tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak, ada yang mood dalam keadaan kurang baik dek kerana tidak mampu berhadapan dengan gelombang domino dek kerana harga minyak naik secara tiba-tiba, ada yang sedang upaya mencipta mood positif dengan harapan sedaya upaya mampu mengharungi segala, cabaran dan dugaan dengan baik.
Melihatkan situasi tersebut, seorang anak muda, tampil berkongsi pengalaman hidupnya di mana beberapa sisi hidupnya yang boleh “diceduk” dan dicontohi terutamanya kalangan anak muda dan juga pasangan yang mula berkeluarga. Insyaallah.
Daripada keluarga yang pernah terhimpit dengan gelombang kegawatan ekonomi Asia yang cukup dahsyat 1997, sehingga bergelar pemuda carwash.
Akhirnya, hari ini pemuda ini sudah memiliki koleksi hartanah bernilai lebih RM5 juta.
“Daripada Nobody menjadi Somebody”
Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. Pastinya bukannya tuah, tetapi rahsia keperitan hidup yang mengajarnya erti kesusahan dan kenikmatan hidup dikemudian hari.
Ayuh, sama-sama kita selami nasihat dan perkongsian sejarah hidup pemuda bernamaFaizul Ridzuan ini, jutawan hartanah bumiputera yang cukup terkenal dikalangan pemain hartanah di Malaysia terus bergelumang dengan pelaburan hartanah di Malaysia. Moga-moga akan ada manfaat disebalik perkongsian kali ini…

Faizul Ridzuan, Jutawan Hartanah Malaysia : Gaji Pertama Saya RM230 Sebulan di A&W

Baru-baru ini saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain.
Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya lupa diri sebab saya ini orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah.
Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang banyak orang tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.
seminar Faizul RidzuanBapa saya hilang pekerjaan ketika gawat 97-98, dan selama setahun kami sekeluarga hidup dengan sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 5 beranak. Saya tak boleh merungut sebab ramai lagi yang takde duit untuk makan.
Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir setahun, dia nekad bukak carwash untuk menyara kami. Modal bukak carwash kami dapat dari pinjaman rakan, dan saya merupakan pekerja pertama di carwash ayah sebab kami tak mampu nak ambil pekerja. Saya mula bekerja pada umur 14 tahun, tolong ayah selepas habis sekolah. Saya tak berani merungut sebab masih ada adik 2 orang yang masih kecil dan bersekolah, dan carwash ni adalah satu-satunya punca rezeki keluarga kami.
Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?
Selain dari membantu ayah bila diperlukan, saya tak pernah tak bekerja waktu cuti sekolah. Saya bekerja di A&W, McD, Hotel Legend, PWTC, dan macam-macam tempat lagi setiap cuti sekolah. Saya tak suka duduk rumah sahaja tanpa buat apa-apa. Gaji pertama saya RM230 sebulan di A&W.
Sebab lapar sangat, saya pernah 2-3 kali makan lebihan fast food orang lain ketika bekerja. Alhamdulillah masih hidup sihat walafiat sampai hari ni bila dipikirkan macam-macam virus yang mungkin saya dapat dari orang lain.
Waktu form 3-5, kadang-kadang bila tak cukup duit, saya dan rakan-rakan berjalan kaki je bila balik dari pusat tusyen di kotaraya sampai ke Sentul. Tanya la kawan sekolah saya Wan Shahriman dan Shirkan Rahim kalau tak percaya.
pendapatan faizul ridzuanKetika di universiti, carwash ayah saya ditutup kerana tuan tanah nak pakai dan buka carwash sendiri. Sekali lagi kami hilang sumber pendapatan dan tak mampu untuk memberikan duit belanja kepada saya belajar di uni. Saya cari kerja dan syukur saya diberi peluang untuk kerja di Starbucks sebagai barista. Dapat sahaja gaji pertama, saya beli skuter untuk permudahkan saya pergi dan balik bekerja.
Saya bekerja di Starbucks semenjak masuk universiti sampai la tamat pengajian. Pernah jatuh motor 2 kali sebab tertidur waktu pergi dan balik kerja sebab penat sangat nak belajar dan bekerja terutamanya waktu exam. Alhamdulillah saya dapat CGPA 3.3 walaupun tak belajar sepenuh masa. Result tak bagus mana tapi saya syukur dapat lulus pengajian.
Banyak kali takde duit nak makan waktu bekerja tetapi alhamdulillah saya ada ramai rakan dan supervisor yang bantu belanja makan. Tanya bro Ibrahim Halim, bro Amir, Kak Gay kalau tak percaya, diorang selalu belanja saya makan. Saya cukup suka buat closing waktu kerja sebab mesti ada lebihan pastry, salad atau kek yang saya boleh bawa balik untuk dijadikan makan malam atau sarapan untuk esok.
Semenjak umur saya 16 sampai lah 25 tahun, pakaian semua dibeli sendiri, dan kebanyakannya dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.
Gaji pertama saya selepas dapat degree adalah RM600 sebulan sebagai komputer pragrammer. Alhamdulillah cukup untuk tanggung diri sendiri sementara belajar ilmu dan dapatkan pengalaman.
Selepas saya putuskan yang saya mahu berniaga pada jangka masa panjang, saya berhenti kerja sebagai programmer (bergaji RM2300 ketika itu) untuk jadi penjual kredit kad di tepi jalan atau direct selling. Saya putuskan untuk jadi salesman sebab saya nak belajar ilmu menjual. Tak boleh berniaga kalau tak tahu menjual. Kerja salesman ni memang best sebab langsung tiada basic. Kalau tak jual dan malas, saya tak ada duit utk makan. Alhamdulillah saya survive dan belajar sangat banyak.
Lepas kerja sebagai salesman, saya dapat kerja di bank. Saya pilih untuk kerja di bank kerana mahu belajar ilmu duit dan kewangan. Gaji RM2500 sebulan dan lepas saya dapat conformation, saya terus beli rumah pertama. Modal saya cuma RM2000 tapi saya iktiarkan cari modal cara lain. Loan RM155000 lepas tanpa masalah sebab saya tiada komitmen lain dan tiada kereta (gaji saya RM2500 memang tiada kaitan dengan kekecohan gaji permulaan)
Waktu berkerja di bank, macam-macam business saya buat. Renovation kecil-kecilan, sublet (zaman 2006 org tak tahu pun pasal sublet), carwash. Bukan semua pun berjaya tapi saya banyak belajar. Saya biasanya tak sampai rumah sebelum jam 12 malam sebab ada kerja 9-5 dan business.
Ketika saya kahwin, saya tak hutang satu sen pun. Semua dibayar guna duit simpanan sendiri dan pendapatan dari pelaburan dan business. Saya masih menaiki motor yang sama (saya beli waktu saya belajar) ketiaka berkahwin dan terus terang ramai yang bertanya mentua saya kenapa menantu tak bawak kereta. Beliau jawab, menantu saya memang takde kereta, tetapi rumah dah ada 3 bijik sebelum kahwin. Ex-GF saya (sekarang dah jadi isteri) pun sikit pun tak kisah saya tiada kereta. Bawak motor lebih romantik.

Jutawan Hartanah Malaysia, Faizul Ridzuan Utamakan Rumah Banding Kereta

Kereta pertama saya beli lepas saya dah dapat pendapatan 5-angka dari pekerjaan dan pelaburan. Bagi saya kalau pendapatan saya tak cukup RM10,000, saya memang tak mampu nak pakai kereta (Saya pernah kira installment, parking, minyak, tol untuk bawa kancil pun dah seribu. Saya nak kereta yang elok jadi saya tunggu sampai saya mampu). Dan saya dah kongsikan yang saya beli kereta pertama selepas saya dah beli berbelas rumah. Bukan saya nak riak tetapi saya rasa membazir sangat membeli kereta sebab ia akan membuatkan saya kurang mampu untuk melabur. Jadi saya utamakan pelaburan dulu sebelum kehendak hati.
video faizul ridzuan
Sebelum kahwin, saya tak pernah pergi bercuti sewaktu bekerja yang saya kena bayar sendiri. Percutian pertama yang saya bayar sendiri adalah honeymoon saya. Saya lebih suka jimatkan duit untuk buat pelaburan.
Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tengok ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan?
Saya tak nak sempit rezeki dan Allah beri saya badan sihat, akal, dan cukup sifat. Tiada alasan untuk saya tak berusaha dan tak bersyukur. Alhamduliilah saya belajar ilmu pelaburan hartanah dan kerana ilmu ini hari ni saya mampu nak buat banyak benda yang saya tak pernah fikir saya boleh buat 10 tahun lepas.
Subsidi minyak sekarang ni pun tidak akan kekal selamanya. Kita boleh terus merungut dan buat benda yang sama bila subsidi dikurangkan kelak atau kita boleh plan dan iktiarkan untuk ubah hidup kita. Kalau budak carwash macam saya boleh buat, saya yakin ramai kawan saya diluar boleh buat lebih baik. Cari ilmu, dan iktiar. Rezeki itu ada kat luar kalau kita berusaha dan Allah nak bagi.

sumber : beritasemasa.com

Thursday, 28 April 2016

KELESUAN DAN KELETIHAN

Salam Jumaat...

kenapa tetiba pagi ni rasa lesu sangat....bangun tidur dan selepas solat subuh aku duduk sekejap....feeling lazy-lazy and heavy to wake up .....siapkan anak nak sekolah pun malas....

drive ke ofis pun cam nak terlelap......adoi..

please sisters out there....

advice me ....what i suppose to take as my suppliment.......


tumit kaki sakit sangat......tak cukup rest ka....tak cukup tidur ka....


wake up...wake up azuha......

sapa-sapa  boleh advice ....ubat2 kesihatan to me please to do so...



wasalam.




















keep reading, with luv from azuha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...