Sunday, 21 December 2014

respon about premiumbeautiful contest..

Do you out there to say something about this....of course premiumbeautifulcorset my lovely and secret partner...

every times and places always be together...

so women .....who want to say something about it....but please dont ever give bad comment frenz....i dont really like it ...this #pb give something different feeling...

please do the best comment on your own's feeling about premiumbeautiful and i will apreciate your comment by reward you a special gift..please to do so....write your testimonial about pb and email to me at ...azuhaidris@gmail.com..

Saturday, 20 December 2014

piala #affsuzukicup2014...#malaysia boleh..

zuha ni bukanlah kakibola..
malah bukannpeminat tegar pun...tapi kalau melibatkan negara atau negeri ...of course la #theredwarriors....nak la juga tengok dan jadi penyokong ...walaupun dari rumah je...

untuk #malaysiavsthailand firstround last week memang tak tengok...ada sedikit bz....but still la tahu the news..

for this time....sebab nampak rancak je dan players pun main sungguh2...dicampur lak dengan sorakan mrhubby and son....

so joined the group while having dinner..zuha ramalkan 4_0 beb...

unfortunetly...kita hanya merancang.....Allah menentukan...takdirnya...kita menang dalam kalah...aish...cam mano tu....

3-2....agg...3-4....huhuhu...apapun tahniah to all players yang berjuang 1 jam lebih mempertahànkan benteng gawang #malaysia....

#piala #AFFSUZUKICUP2014 menjadi milik pasukan gajah...#harimaumalaya terus menjadi lagend....

#safeesadi...#matyo....#indraputramahyudin....#safiqrahim...

Thursday, 18 December 2014

banjir datang lagi 2014

innalillahiwainailaihirojiun....sesungguhnya Dia yamg maha memiliki..tiada siapa yang dapat menahan atau merubah ciptaannya dan kunfayakun...maka jadilah ia...

zuha nak kongsi berita semasa di pantai timur terutama di kampung zuha...telah mengalami musim tengkujuh dan kejadian hujan yang tidak berhenti...banjir telah datang jua...

nasihat...jangan seronok sangat dengan kehadirannya...tapi ambil langkah berjaga jaga...

cerita pasal banjir ni..dah tinggal di kota raya ni...dah lama sesangat tak merasai main air banjir atau air bah...

dulu2 bila tiba aje buln 11 , 12 mulalah kami dok dalam rumah je sebab hujan tak berhenti...atau kato are kelate...tok leh buko mato....

yang pasti rumah zuha tak pernah dimasuki air la sebab rumah atas bukit....bila tiba banjir besar semua jalan ditutup dan kami tinggal cam pulau...jalan keretapi di belakang rumah aje boleh disambung ke pekan kk untuk beli keperluan asas...masa tu makan nasi dengan ikan jeruk dimasak sama telur alaala telur dadar asin gitu....woiu kecurliyur....petang makan biskut 'tawar kecik' atau biskut orang berpantang cicah dng air teh o panas...alhamdulillah....

sàat yang memang tak boleh lupa...tahun 1989 banjir besar terjadi...sampai ada satu berita sedih seorang kawan abang kami meninggal lemas...dan waktu tu dia baru habis exam spm...pi ambil exam dengan menaiki perahu...baju banyak yang tak kering sampai perlu buat salaian ampai di unggun api. mana ada mesin basuh spin ketika itu.

elektrik tak yah cerita la...tak de lngaung...hanya berteman lilin dan lampu gasolin..

suatu ketika itu amat terpahat diingtan...pengalaman itu sukar diperoleh kini....seronok bila mengingati tapi allah saja yang tahu kepayahan hidup di waktu itu....

kalau hidup sudah terbiasa dengan kehidupan bandar...pengalman itu sukr digmbarkan.....

so bila tengok gambar2 ini...kenangan datang bertandang..syahdu...


.

Tuesday, 4 November 2014

hutang oh hutang...

hutang oh hutang.....

saya terpanggil membuat post ini kerana ramai yang tidak takut bila hutang tidak dibayar.....memang seronok nikmati wang atau barangan yang ingin dimilik berjaya dimilik...tapi kalau ianya hutang....ingatlah segeralah membayar hutang mu....

hutang adalah perkara yang tidak disukai allah..
tapi kekadang kita manusia ni mengikut hawa nafsu dan juga tuntutan kehidupan...

tapi biarlah apa pun..
kalau kita berhutang wajib kita bayar semula tambah lagi kalau ianya dwngan individu..
kesian orang yang beri kita hutang...

apa pun kita bayarlah dulu hutang - hutang kita dan semoga Allah permudahkan orang lain membayar hutang mereka dengan kita...inshaa allah...

kenapa zuha nak post sangat mengenai perkara ini ? sebab sebagai fardhu kifayah...menyeru kita membuat yang terbaik dan kesedaran pada sahabat2 zuha yang berhutang dengan zuha k...

Saturday, 1 November 2014

bola oh bola...#final #pialamalaysia2014

taraa....tengok zuha ada di mana....




kat stadium....nak tengok bola...but alamak silap stadium...ini stadium mana....

#madrid #sepanyol....hahaha..
ini gambar tahun lepas bil zuha travel ke #sepanyol....


sebenarnya malam ni adalah malam penentu which state will be the champion in #malaysiacup final....
#jdt or #pahang...



walaupun this not my favourites team but i will support them ...farfaraway....heee...
i like this team..
exactly..#trw...

so happy fighting to these two team...main elok -elok...no gaduh-gaduh tau....
zuha ni dulu2 minat gak tengok bola...sekarang kureng sikit ...sebab tak menarik...tapi still ikuti perkembangan semasa tau...contohnya pemain2 kedua2 pasukan zuha tau..adakah harimau selatan mampu merampas trofi berprestij dari tok gajah...saksikan malam ni tau....
tengok banyakkan gambar
.





majulah sukan untuk negara.....

Thursday, 30 October 2014

marine essence ...billboard....company buat pemasaran


tengok #marineessence siap ada di billboard lagi...inilah untungnya bawah company besar.....pemasaran global....

so sapa-sapa nak jadi agen pada produk yang hot selling ni....boleh contact zuha k...modal anda yang tentukan......

memang produk ni berkesan terutama untuk luka-luka gigtan nyamuk pada kanak-kanak .....enzema ....ada lopak-lopak kemerahan dibawah ketiak....lutut celah-celah peha ......dan kalau pakai untuk sabun satu badan pun ok ...kulit rasa bersih sangat dan wangi sangat.....( berdasarkan pengalaman sendiri ) . Ramai customr yang repeat ....maksudnya mereka berpuasa hati kan.....anda apa lagi ...jom pakai dan jual bolehlah pakai free.......




keep reading, with luv from azuha

Friday, 24 October 2014

wanita perlu tahu dan ambil tahu....penyebab kanser selvik....


So apa tu DIOXIN



US Environmental Protection Agency (EPA) telah menyatakan Dioxin adalah bahan penyebab kanser (carcinogen)











takut bukan.....??? apa tindakan anda ??? 

tindakan saya .... 


1. bertukar penggunaan pad to bioseleza.....sebab apa sebab setiap bulan memang perlukannya.....kerana yakin dengan tahap pembuatannya....






keep reading, with luv from azuha

bina kekayaan..dengan perniagaan....

Adakah Benar Kekayaan memerlukan pengorbanan?

Ada antara kita yang pernah merasai kejayaan, begitu juga ada antara kita pernah merasai kegagalan. Begitulah roda hidup, adakalanya di atas dan adakalanya dibawah. Pastinya bagi mereka yang pernah merasai kedua-dua perisa hidup ini juga tidak lari dari melihat tingkah laku mereka di sekeliling kita. Bila berjaya,ramai pula yang datang. Bila gagal, semua pula menghilang.
Bila anda kaya, pastinya ramai akan ingin menjadi sahabat anda, ramai juga akan mengaku saudara. Bila anda miskin, dan perlukan sesuatu, tiada siapa pula yang pedulikan anda.



Sememangnya wang itu penting, tetapi bukan segala-galanya boleh dibeli dengan wang.
Memang dengan wang, kita boleh beli sebuah rumah yang besar, tetapi belum tentunya tempat tinggal keluarga yang bahagia. Memang betul kita boleh beli jam berjenama mahal, tetapi tidak tentu kita boleh membeli masa. Ya, kita boleh beli segala ubat-ubatan, namun belum pasti kita dapat membeli kesihatan. Membeli buku sememangnya mudah dengan wang, tetapi belum tentu mendapat ilmu.


Ramai yang beranggapan untuk menjadi kaya, kita perlu korbankan sesuatu. Dan pengorbanan itu pula adalah satu pengorbanan yang besar. Mungkin sering kali juga kita mendengar masalah ini di mana seorang usahawan yang terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab keluarga. Atau seorang yang kaya raya joli sana joli sini, sehingga mengabaikan agama. Ada juga golongan wanita yang terlalu sibuk dengan perniagaan sehingga terabai tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Sememangnya Islam menggalakkan umatnya mencapai kecemerlangan dalam apa sahaja bidang, termasuk kekayaan. Sahabat Rasullullah SAW juga antaranya adalah golongan yang kaya. Namun apa yang ditekan kan adalah “umattan wasatan” iaitu umat yang cemerlang dalam segala aspek dan mengimbangkan kecemerlangan itu.
Ertinya, kalau cemerlang berniaga, pastikan cemerlang juga bersama keluarga. Sekiranya cemerlang dalam perihal kewangan, jangan abaikan perihal kekeluargaan. Cemerlang di dunia, perlu cemerlang di akhirat.

Satu mindset yang perlu dimiliki dalam kekayaan adalah, tidak semestinya kita perlu memilih antara satu dengan yang lain. Sekiranya kaya, perlu korbankan sesuatu. Sudah pastinya tidak.
Tidak apa juga untuk kita mahukan kesemuanya. Ada juga yang berperasaan seumpama tamak kerana inginkan kesemuanya, keluarga yang bahagia, serta harta yang kaya.  Tanggapan sebegini perlu dibuang jauh-jauh oleh kerana ia hanya akan sabotaj diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan yang sebenar adalah apabila kita hebat dalam semua bidang yang dilakukan.


Oleh itu,pelbagai kebolehan perlu dipelajari bukan sahaja dalam skil menambahkan pendapatan, tetapi juga kebolehan menguruskan masa. Bukan sahaja skil berunding perihal perniagaan, tetapi juga skil membahagiakan keluarga.
Perlu ingat bahawa memilih satu antara yang lain akan menjadikan diri kita tidak lengkap dan tidak imbang. Sememangya wang bukan segala-galanya, tetapi pastinya wang adalah amat penting dalam hidup harian kita kini. Begitu juga dengan masa, keluarga, dan agama.



* Antara sebab saya menjalankan perniagaan Internet dan begitu suka menggalakkan orang ramai menjalankan perniagaan Internet, adalah ianya boleh dijalankan di rumah bersama keluarga. Sambil berniaga, sambil dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta! Sekiranya anda beminat untuk mempelajarinya, dapatkan maklumat lanjut di sini sekiranya ia adalah sesuai untuk anda juga.
Mulakan langkah pertama anda dalam memulakan perniagaan Internet bersama.......#irfan khairi#

so anda setuju ?? saya suka membaca motivasi perniagaan ini daripada #irfankhairi.....mudah ..pendek tapi padat.....

so inilah cara saya selain mempelajari ilmmu untuk pemasaran produk , penerangan produk...kita perlu tahu ilmu-ilmu keusahawanan dan motivasi ....

kalau nak bermula berniaga secara sambilan ...jom saya ajari...bukan mudah ...bukan payah....tapi kita masih boleh mencuba dan follow the sucessperson....

#glampreneur.....kami di ajar di GLAM class....dari pakar stategi dan pakar motivasi....bercakap dari pengalaman dan cara yang menemukan mereka dengan jalan kejayaan....

bukan susah just jumpa dan dengar secara percuma ...atau datang sendiri ke kelas secara percuma....atau jumpamentor secara percuma.....

jom jadi #glamprotege....

Sunday, 19 October 2014

bila umur 40tahun...life began at forty...why...

utk yang bakal 4 series or yang dah capai 4 series ni........
atau kalau ada sesiapa my blog reader yang sambut happy birthday to 40 hari ni or tahun ni......zuha ucapkan selamat ulang tahun.....semoga kehidupanmu mendapat keberkatan dan ditunjukan jalan kebenaran olehNya.....

so lets share something interesting....about age...40...


BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

why.....


Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk 
orang-orang muslim.” al-Ahqaf: 15)


Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.


Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. 
Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. 

Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah 

usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )


Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. 

Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

yang ni kiranya paling best promosi (kiranya dalam bahasa pasar kita ) Allah bagi .....

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya).
Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya.
Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)


Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. 

Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”


Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.


Jika ada yang mengatakan bahawa: 

Life began at forty

saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. 

Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..


JOM kita PAKAT-PAKAT berubah....


keep reading....love Azuha

Friday, 17 October 2014

BIO SELEZA PAD...cegah kesan buruk tuala wanita

wahai wanita...pernahkah anda mengalami masalah seperti ini...

#jangkitan faraj
#kegatalan faraj
#keputihan
#Kekuningan
#endometriosis
#kitaran haid tidak teratur
#berbau atau Discharge berlendir
#darah beku
#Ruam


antara penyebab banyak penyakit berkaitan dengan alatsulit wanita adalah kerana sifatnya yang sensitif dengan perkitaran yang lembap ....dan yang paling mudah adalah kerana kesan penggunaan tuala wanita .....

tuala wanita biasa yang ada di pasaran , kebanyakannya diperbuat dari kitaran berikut :





Jika ini berlaku sebenarnya tuala wanita adalah mengandungi #dioxin yang merbahaya dan boleh mengancam nyawa pada jangka masa panjang kesan jangka pendek adalah akan terbit simpton2 seperti diatas dan yang paling di takuti pastinya #KANSERSELVIK

kita disarankan supaya mencegah dahulu sebelum mengubati kan....antara lagkah yang perlu setiap wanita buat adalah seperti berikut :

1. seringkali membuat pemeriksaan doktor ...andaikata terdapat simptom-simptom seperti diatas

2. menjaga kesihatan di bahagian ini terutama semasa haid. jika perlu boleh menggunakan petua nenak moyang kita seperti membasuh dengan air sireh yang dicampur dengan sedikit garam..  ( saya menggunakan kaedah ini )

3. mencuci dengan sabun pencuci khas yang mempunyai PH yang rendah dan bersesuaian

4. memastikan ianya sentiasa dalam keadaan kering untuk mengelak pembiakan bakteria

5.menggunakan pad atau tuala wanita yang bersesuaian dan dalam hal ini saya syorkan #bioselezasanitarypad....

6. melakukan hubungan halal
7. menjaga pemakanan
8. elakan berkongsi tuala

ok dengan tip saya berikan ...harap kita dapat memastikan kesihatan kita lebih terjamin....

cuma saya berikan sedikit mengenai pemakaian tuala wanita ...ini kerana kalau kita kitaran pembuatan tuala wanita biasa .....seram jugak kita kan....so why not kita bertukar kepada BIOSELEZA.....kenapa saya syorkan produk ini....







https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=_xfT5xXQ2yY

so keistemewaan bioselezapad :

1. kualiti bahan yang digunakan kain yang bagus pergerakan udara dan tidak lembap

2. bentuk slim , tidak tebal dan tidak besar

3. kandungan gel untuk serapan maksimum

4. pengedaran darah so bantu detox

5.anti bakteria strip untuk halang pembiakan kuman


harga :


Bio Seleza Mixed Set :
30 pcs x 2 pack pantiliner
10 pcs x 2 pack pad siang
8 pcs x 1 pack pad malam
8 pcs x 1 pack pad malam extra panjang
Price
Harga Bio Seleza Retail RM131; Ahli rm114
=Total 96 pcs

Bio Seleza Day Safe :
10 pcs x 6 pack pad siang
Price
Harga Bio Seleza Retail RM128;  Ahli RM111
=Total 60 pcs

Bio Seleza Panty Liner :
30 pcs x 6 pack pantiliner
Price
Harga Bio Seleza Retail RM138; Ahli RM120
=Total 180 pcs


TESTIMONI :

saya sendiri telah memakainya dan amat selesa...kurang bau darah haid

yakin sebab rasa selamat dan bukan pakai kain buruk or kertas terbuang.....

berbaloi dengan harganya , apa la sangat harga sekeping tak sampai RM10 pun malah antara RM.70 to RM1.30...kalau ahli lagi murah....
sama la macam pampers anak ...kalu nak tahan lama memang kita akan beli mamypoko ke...dypers ke....sebab apa sebab kualiti dan kesihatan betul tak...takan yang kita sendiri kita pakai....kain buurk or cingkai-cingkai je.....
untuk 'barang mahal' kita ni.....

so when google u can also reach this testimonials....ramai dah pakai sebab tu ramai yang bagi feedback yang bagus kan....so below testimonial yang i shared with u from agents and customers all around.....keep it up....









so frenz lets change....although small change but big effect to our life.....value your money.....




Bio Seleza Demo By Maisarah Ibrahim



keep reading, with luv from azuha

Thursday, 16 October 2014

cium suami berdosa atau pahala....

mestilah dapat  pahala...insyaa allah....Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt BAHAGIA SELAMANYA***Cium Anak Dpt PAHALA

i) Fadhilat Cium ANAK
*******************
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.
ii) Fadhilat Cium SUAMI
********************
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
iii) Fadilat Cium ISTERI
********************
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Kesimpulannya:
*************
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @ mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
Nota:
---------------------
Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri...
Klu dah mati bru nk cium dan peluk...itu dah takde maknanya lg. Dah jd mayat kaku...takde rasa apa selain kesal.
..........

 Make your friends smile ..




Keep reading.... Love Azuha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...