bina kekayaan..dengan perniagaan....

Adakah Benar Kekayaan memerlukan pengorbanan?

Ada antara kita yang pernah merasai kejayaan, begitu juga ada antara kita pernah merasai kegagalan. Begitulah roda hidup, adakalanya di atas dan adakalanya dibawah. Pastinya bagi mereka yang pernah merasai kedua-dua perisa hidup ini juga tidak lari dari melihat tingkah laku mereka di sekeliling kita. Bila berjaya,ramai pula yang datang. Bila gagal, semua pula menghilang.
Bila anda kaya, pastinya ramai akan ingin menjadi sahabat anda, ramai juga akan mengaku saudara. Bila anda miskin, dan perlukan sesuatu, tiada siapa pula yang pedulikan anda.



Sememangnya wang itu penting, tetapi bukan segala-galanya boleh dibeli dengan wang.
Memang dengan wang, kita boleh beli sebuah rumah yang besar, tetapi belum tentunya tempat tinggal keluarga yang bahagia. Memang betul kita boleh beli jam berjenama mahal, tetapi tidak tentu kita boleh membeli masa. Ya, kita boleh beli segala ubat-ubatan, namun belum pasti kita dapat membeli kesihatan. Membeli buku sememangnya mudah dengan wang, tetapi belum tentu mendapat ilmu.


Ramai yang beranggapan untuk menjadi kaya, kita perlu korbankan sesuatu. Dan pengorbanan itu pula adalah satu pengorbanan yang besar. Mungkin sering kali juga kita mendengar masalah ini di mana seorang usahawan yang terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab keluarga. Atau seorang yang kaya raya joli sana joli sini, sehingga mengabaikan agama. Ada juga golongan wanita yang terlalu sibuk dengan perniagaan sehingga terabai tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Sememangnya Islam menggalakkan umatnya mencapai kecemerlangan dalam apa sahaja bidang, termasuk kekayaan. Sahabat Rasullullah SAW juga antaranya adalah golongan yang kaya. Namun apa yang ditekan kan adalah “umattan wasatan” iaitu umat yang cemerlang dalam segala aspek dan mengimbangkan kecemerlangan itu.
Ertinya, kalau cemerlang berniaga, pastikan cemerlang juga bersama keluarga. Sekiranya cemerlang dalam perihal kewangan, jangan abaikan perihal kekeluargaan. Cemerlang di dunia, perlu cemerlang di akhirat.

Satu mindset yang perlu dimiliki dalam kekayaan adalah, tidak semestinya kita perlu memilih antara satu dengan yang lain. Sekiranya kaya, perlu korbankan sesuatu. Sudah pastinya tidak.
Tidak apa juga untuk kita mahukan kesemuanya. Ada juga yang berperasaan seumpama tamak kerana inginkan kesemuanya, keluarga yang bahagia, serta harta yang kaya.  Tanggapan sebegini perlu dibuang jauh-jauh oleh kerana ia hanya akan sabotaj diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan yang sebenar adalah apabila kita hebat dalam semua bidang yang dilakukan.


Oleh itu,pelbagai kebolehan perlu dipelajari bukan sahaja dalam skil menambahkan pendapatan, tetapi juga kebolehan menguruskan masa. Bukan sahaja skil berunding perihal perniagaan, tetapi juga skil membahagiakan keluarga.
Perlu ingat bahawa memilih satu antara yang lain akan menjadikan diri kita tidak lengkap dan tidak imbang. Sememangya wang bukan segala-galanya, tetapi pastinya wang adalah amat penting dalam hidup harian kita kini. Begitu juga dengan masa, keluarga, dan agama.



* Antara sebab saya menjalankan perniagaan Internet dan begitu suka menggalakkan orang ramai menjalankan perniagaan Internet, adalah ianya boleh dijalankan di rumah bersama keluarga. Sambil berniaga, sambil dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta! Sekiranya anda beminat untuk mempelajarinya, dapatkan maklumat lanjut di sini sekiranya ia adalah sesuai untuk anda juga.
Mulakan langkah pertama anda dalam memulakan perniagaan Internet bersama.......#irfan khairi#

so anda setuju ?? saya suka membaca motivasi perniagaan ini daripada #irfankhairi.....mudah ..pendek tapi padat.....

so inilah cara saya selain mempelajari ilmmu untuk pemasaran produk , penerangan produk...kita perlu tahu ilmu-ilmu keusahawanan dan motivasi ....

kalau nak bermula berniaga secara sambilan ...jom saya ajari...bukan mudah ...bukan payah....tapi kita masih boleh mencuba dan follow the sucessperson....

#glampreneur.....kami di ajar di GLAM class....dari pakar stategi dan pakar motivasi....bercakap dari pengalaman dan cara yang menemukan mereka dengan jalan kejayaan....

bukan susah just jumpa dan dengar secara percuma ...atau datang sendiri ke kelas secara percuma....atau jumpamentor secara percuma.....

jom jadi #glamprotege....

Comments

Popular posts from this blog

PREMIUM BEAUTIFUL SIDE EFFECT...HELP U MORE...

CARA PAKAI BRA YANG BETUL

ajari aku untuk bisa......bersedekah...