Tuesday, 16 August 2016

Kesian sang suami ...

CORETAN KHAS BUAT SUAMI DAN ISTERI

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?...

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh tuan Syeikh.

Thursday, 11 August 2016

Siapa diriku...

Pernah tak anda tanya soalan ini untuk diri anda sejujurnya..


Siapakah aku????


Mengapakah aku dilahirkan ke dunia ini ???

Apakah tujuan sebenarnya aku dilahirkan di dunia ini ???

Apakah sebenarnya yang aku cari dalam kehidupan ini ???

Ke manakah hala tujuku selepas aku meninggalkan dunia kelak.???

Aku ??? Pernah tanya tapi takut dng jawapan dan tiada jawapan jelas kerana aku tahu aku tak ada jawapan....
Anda ????

Jom munasabah diri sekejap...

Wednesday, 10 August 2016

#DRAZIZANOSMAN...terbaekkkkkk.....jom niaga

Salam dan selamat malam... nak share something yang nowadays ni memang kak ha lakukan.... tiap masa yang terluang even tengah dok iron malam-malam baju anak, suami dan baju sendiri tu...biasanya ambil masa gak dalam 1 to 2 jam....so kak ha pun penuhi dengan dengar #drazizanosman punya video dan apa saja mengenai kelasnya....... maklum la sekarang ni cam semangat dan motivasi dah semakin menurun so kak ha perlukan energy balik......gerak hati untuk tonton #drazizan punya motivasi la kan.....biarlah agak terlewat dari orang lain yang dah join kelas dia...janji kak ha masih diberi peluang....... so tiap malam memang cam wajib dengar dan lihat ........ so proud and inspired betul kat dok ...... tengok lak jutawan2 muda ni cam senang je jadi jutawan......kenapa tidak aku ???? so far dan hampir 2 minggu dok layanzzz vidoe2 tu semangat semakin naik balik......so mulai hari ini akan ku buktikan aku tak akan menyerah kalah...... insha allah biar matlamat akhirat mendahului dunia.....insha allah....kerana Mu Allah.... 1. matlamat biar jelas 2. ada mentor untuk penjimatan masa 2. ada elmu marilah kita berniaga walaupun kecil-kecilan dan jual lah apa saja yang kita ada.....jangan nak tunggu ready semua baru nak mula.... siap nak niaga kecil2...jom jual barangan #haio....kita guna kita jual or #dropship produk lain.....dari situ kita kumpul modal.....sekarang banyak tempat dah ada wifi so gunalah dengan bijak pandai.....jangan jadi alasan tiada duit....tak de modal...tak pandai ...tak reti.....dari dok buka facebook dok stalker or skodeng orang punya life baik kita guna utk promote produk....insha allah kalau bukan hari ni ...mungkin esok hari kita.... kalau ada RM50 dah boleh buka bisnes dik.......kenapa perlu tunggu RM500.... kalau 1 barang katakan dapat untung RM3 ....kita jual 10 barang dah RM30 kan dapat hari tu ...lepas la makan... kalau 7 hari dah ada RM210....kalau sebulan dah ada RM840 .......kita target dalam 3 bulan .....bulan ke empat kita ganda lah.... itu contoh mudah je....biarlah untung sikit dulu dari tiada kan.. so sapa pun boleh niaga sekarang ni.......umur bukan penentu... keep reading, with luv from azuha

Tuesday, 9 August 2016

Sakit belakang vs corset

Salam semua...dah lama kan kakha tak bersiaran...cewah cam pengacara lak...tak pe bila agi nak praktis...

Sekarang ramai agi dok tanya...kak ha aktif dak lagi jual produk #korsetpremiumbeautiful , #bbpluscollagen  ni..dan lain2 produk #haio....eh masih....mana leh tinggal bisnes kan.
.lagipun memang dok guna produk2 ni...

Produk berkualiti dan tak luput dek zaman walaupun banyak produk kesihatan dan kecantikan lain tumbuh melata...

Ni baru benar benar produk #superbrand...kualiti dan tak ada produk seumpamanya...rata2 produk #haio memang pioneer dan tiada tanding...tak gitu..

So nak share sikit kenapa korset penting utk kesihatan tambahan lagi untik sapa sapa sakit belakang. Posture badan tak betul #slipdisc .kalau u all masih ingat ada post terdahulu kak ha mengenai kebaikan korset utk sakitbelakang ni...

So seorang kawan ni..dia disaran oleh doktor sendiri untuk pakai korset sebagai support bodyposture ni... ni whatapps kak ha dng kawan tu..

Then kalau korset pun kena tengok gak yg bersesuaian ..material..rekaan..bahan digunakan ..kebaikan dan testimonial pelanggan yg guna kan..maklumlah pelaburan yg tinggi sikit utk kesihatan..jangan la dok cari yg kainnya lembik..gatal dan panas walaupun harga murah...kita kan nak pakai lama...

Then cam #premiumbeautiful ni memang dipercaya dan diyakini sejak 30 tahun lalu..jaminan produk seumur hidup lak tu...

Kak ha share utk u all nilai sendiri k

Kalau rasa nak pakai..call je kak ha or whatapps di no 0133851505..insha allah kak ha bantu mana yang daya..

Sesungguhnya tiap sesuatu yang baik datang dari allah dan mana yang buruk tu..dari kak ha yang daif...

Sama sama jaga kesihatan k..layanzz..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...