Friday, 31 July 2015

Doa dimakbulkan...






KISAH DOA TERMAKBUL.
KISAH SEORANG ABANG DAN ADIK.
KEDUA-DUANYA ANAK YATIM MISKIN.
MEREKA MENGINAP DI RUMAH PUSAKA PENINGGALAN. KEDUA IBU BAPA MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH YANG SOLEH.
SI ABANG, SABAN HARI BERDOA AGAR ALLAH MENGUBAH NASIB HIDUPNYA.
DIA MEMINTA DIPERTEMUKAN DENGAN ISTERI YANG CANTIK LAGI KAYA.
DAN MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR DIRINYA KAYA RAYA HIDUP MEWAH.
SI ADIK PULA,
BUTA HURUF. TIDAK SEPERTI ABANGNYA,
DIA MEMBACA DOA PUN DENGAN MELIHAT KERTAS TERINSUT-INSUT MEMBACA.
SEBELUM BAPANYA MATI, DIA PERNAH MEMINTA BAPANYA MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS,
DAN KERTAS ITU SERING DIPEGANGNYA SETIAP KALI BERDOA.
DIPENDEKKAN CERITA, AKHIRNYA,
ALLAH MEMPERTEMUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG CANTIK LAGI KAYA DENGAN ABANGNYA,
LANTAS BERKAHWIN.
SI ABANG SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH DAN KEHIDUPANNYA TERUS BERUBAH.
DIA KELUAR DARI RUMAH PUSAKA,
DAN MENINGGALKAN ADIKNYA.
SI ABANG AKHIRNYA KAYA RAYA, MALAH TERUS KAYA APABILA DIA MEMASUKI MEDAN BISNES.
DIA SUDAH MULA ALPA DENGAN ALLAH,
MELEWAT-LEWATKAN SOLAH, JARANG MEMBACA AL-QURAN, TAPI TIDAK PERNAH LALAI UNTUK MEMINTA KEKAYAAN DARIPADA ALLAH.
KALAU MASUK DALAM BAB PERNIAGAAN, KEKAYAAN DUNIA, MAKA BERBONDONG-BONDONG DOANYA KEPADA ALLAH.
DAN AJAIBNYA, ALLAH BERI APA YANG DIA MINTA.
SI ABANG RASA DIA ISTIMEWA.
SI ADIK PULA, HIDUPNYA TIDAK BERUBAH.
DIA MASIH SEORANG SEDERHANA,
DENGAN KELEMAHANNYA SEBAGAI SEORANG BUTA HURUF,
DIA HANNYA MENDAPAT KERJAYA SEDERHANA,
TERUS MENJAGA RUMAH PUSAKA.
SI ADIK, JUGA RAJIN BERDOA.
SI ABANG TAHU, SI ADIK RAJIN BERDOA.
TAPI SI ABANG MELIHAT, HIDUP ADIKNYA TIDAK BERUBAH-UBAH.
LANTAS SATU HARI, KETIKA SI ABANG MENZIARAHI ADIKNYA,
SI ABANG BERKATA DENGAN RIAK:
“KAU KENA BERDOA KUAT LAGI. 
TENGOK AKU, BERDOA JE ALLAH MAKBULKAN. 
KAU NI TAK CUKUP HAMPIR DENGAN ALLAH NI. 
BERDOA PUN MASIH TENGOK-TENGOK KERTAS. TAK CUKUP HEBAT.”

SI ADIK TERSENYUM SAHAJA.
SUKA ABANGNYA MENEGUR KERANA PADANYA,
TEGURAN ABANG AMAT BERMAKNA.
SI ADIK TERUS HIDUP SEDERHANA,
DI DALAM RUMAH PUSAKA, DENGAN DOA MELIHAT K
ERTAS SABAN HARI,

DAN KEHIDUPANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.
TIDAK MENJADI KAYA SEPERTI ABANG.
DITAKDIRKAN,
SI ADIK MENINGGAL DUNIA. KETIKA SI ABANG MENGEMAS-KEMAS RUMAH PUSAKA,
DIA BERJUMPA SATU KERTAS. KERTAS ITU ADALAH KERTAS YANG ADIKNYA SERING PEGANG KETIKA BERDOA.
SI ABANG MENANGIS TERESAK-ESAK APABILA MEMBACA KERTAS KECIL ITU.
KERTAS ITU TERTULIS:
“YA ALLAH, MAKBULKAN LAH SEGALA DOA ABANG AKU”
MASYAALLAH… KEBESARA ILLAHI.
SI ABANG MULA MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ADIKNYA.
ADIKNYA KEKAL TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MERINGAN-RINGANKAN URUSANNYA DENGAN ALLAH SWT.
ADIKNYA, SEDIKIT PUN TIDAK MEMINTA DUNIA KEPADA ALLAH,
MALAH TIDAK MEMINTA APA-APA UNTUK DIRINYA.
TETAPI ADIKNYA MEMINTA AGAR SEGALA DOA SI ABANG DIMAKBULKAN.
SI ABANG, TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN MENDOAKAN SI ADIK.
SI ABANG MULA TERSEDAR,
RUPANYA,
BUKAN DOA DIA YANG MAKBUL. TETAPI DOA ADIKNYA TELAH DITERIMA DAN DI MAKBUL OLEH ALLAH SWT.
CERITA INI MERUNTUN HATI SAYA,
DAN BUAT SAYA SENTIASA BERFIKIR PANJANG.
KADANG-KADANG KITA, BILA ALLAH REALISASIKAN HAJAT KITA,
KITA SUKA MENGIMBAU USAHA-USAHA KITA.
"AKU BUAT BEGINILAH YANG JADI BEGINI."
"DOA AKU MAKBUL!"
"AKU NI MEMANG ALLAH SAYANG. TENGOK, SEMUA BENDA ALLAH BAGI. AKU MINTA JE PUN."
TANPA SEDAR KITA BONGKAK. TAKABBUR.
SEDANGKAN,
KITA TAK TAHU, MUNGKIN YANG MAKBUL ITU ADALAH DOA IBU BAPA KITA,
DOA ADIK BERADIK KITA,
DOA SAHABAT-SAHABAT KITA.
BUKANNYA DOA KITA.
CERITA ITU SANGAT MENYENTUH HATI SAYA.
MEMBUATKAN SETIAP KALI SAYA BERDOA,
SAYA TIDAK LUPA MENDOAKAN IBU BAPA SAYA,
GURU-GURU SAYA, KELUARGA SAYA,
ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT-SAHABAT KARIB SAYA,
YANG TERAMAT AKRAB.
SAYA SEBUTKAN NAMANYA AGAR LEBIH MERASAI BAHAWA SAYA MEMERLUKAN MEREKA MENDOAKAN SAYA JUGA.
KITA INI BANYAK DOSA. TERHIJAB.
MUNGKIN DOA ORANG LAIN YANG h BERSIH HATINYA,
LEBIH SUCI JIWANYA YANG MAKBUL,
MENYEBABKAN RAHMAT ALLAH TUMPAH PADA DIRI KITA.
SEBAB ITU JANGANLAH BERLAGAK.
JANGAN TINGGI DIRI.
JANGAN RASA DOA KITALAH YANG MAKBUL.
PULANGKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH.


sama kita fikirkan ....dan ubahlah ke arah kebaikan......saya doakan anda semua pembaca blog saya ....hidup saya dan anda semua dirahmati dan diberi kejayaan dunia dan akhirat...amin

Tuesday, 28 July 2015

rahsia kejayaan coco chanel...ambil inspirasi ini....






Kejayaan sering dikecapi oleh mereka yang tidak tahu bahawa kegagalan tidak dapat dielakkan” ~ Coco Chanel
Bermimpi itu percuma. Tetapi untuk merealisasikan impian memerlukan belanja. Inilah perkara yang sering menghalang seseorang dari berusaha menjadikan impian mereka menjadi nyata. Anda takut tidak mampu mencapai mimpi yang dianggap terlalu tinggi. Namun begitu, Tuhan menentukan segalanya. Kita sebagai manusia, sebaiknya terus berusaha mencapai impian. Paling tidak, demi masa depan yang lebih baik dari sekarang.
Jika anda sanggup berusaha untuk mencapai impian, nescaya tiada yang mustahil. Lihatlah kisah perjalanan kejayaan Coco Chanel, seorang pereka fesyen terkenal yang juga memiliki jenama CHANEL. Coco Chanel yang nama asalnya Gabriella Bonheur Chanel hanya seorang gadis miskin dari keluarga penjual sayuran di sebuah pasar kecil di Perancis. Ketika berusia 6 tahun, ibu Coco meninggal.
Selepas kematian ibunya, Coco dihantar menuntut di sekolah berasrama Katolik.
Di asrama itulah, bermulanya kisah kejayaan wanita yang dilahirkan di Perancis pada 19 Ogos 1883. Ketika musim panas, Coco belajar menjahit di asrama. Menjahit jadi aktiviti yang dia gemari, kerana dia menjahit sendiri baju-baju yang akan dipakai. Lama kelamaan, Coco turut mereka topi wanita, baju wanita, dan banyak produk lain untuk dijual. Dalam setiap rekaannya, Coco selalu mengutamakan kebebasan dan aspek praktikal dalam kehidupan harian para wanita..
Siapa sangka, hasil rekaannya disukai ramai wanita di masa itu. Bersama bapa saudaranya, Coco telah membuka kedai pakaian di luar kota Paris. Tidak puas menjadi tukang jahit kelas bawahan, Coco memperkembangkan rekaan pakaiannya dengan menggunakan renda, mutiara dan aksesori cantik yang lain.
Perniagaannya semakin maju pada tahun 1910 ketika dia membuat topi trim kecil yang sesuai dipakai di kawasan terbuka. Topi itu kemudiannya menjadi trend fesyen di seluruh dunia. Tahun 1914 mencatat sejarah kerana pada tahun tersebut Coco membuka dua butik rasmi Chanel. Pada tahun 1929, ketika golongan berada sahaja yang memakai seluar panjang, Coco melawan arus mainstream dengan menciptakan trend wanita memakai seluar panjang dan pakaian sukan untuk wanita. Beliau sentiasa membuat rekaan baru dan mendapat perhatian.
Kreativiti Coco bukan setakat dalam dunia rekaan pakaian. Pada tahun 1932, Coco Chanel melancarkan minyak wang bernama Chanel No. 5 yang laris di pasaran. Minyak wangi tersebut merupakan yang pertama daripada jenama pereka fesyen pakaian. Selepas itu, ramai pereka lain yang mengikuti jejak langkah wanita cantik ini, dengan mengeluarkan jenama minyak wangi menggunakan jenama perekanya.
Coco Chanel sudah pasti pernah mengecapi kepahitan dalam hidup. Beliau yang dilahirkan ke dalam keluarga miskin pernah bersumpah akan membuatkan orang ramai mengagumi hasil rekaannya, sekaligus merangkak di bawah kakinya.
Impiannya tercapai hasil kerja keras dan tekad untuk menjadikan seorang wanita tampil bergaya melalui pakaiannya. Perjalanan Coco Chanel berakhir pasa usia 87 tahun. Beliau meninggal dunia pada tarikh 10 Januari 1971 akibat serangan jantung di Hotel Ritz Paris. Di akhir hayatnya, empayar perniagaan jenama Chanel yang dibangunkan dengan susah payah telah menjana pendapatan sebanyak lebih dari 160 juta dollar setahun.
Impian gadis miskin yang kemudian menjadi socialite dengan hasil rekaan yang menjadi pujaan kaum wanita seluruh dunia memberi kita pengajaran yang berharga. Kejayaan bukan hanya milik mereka yang berasal dari keluarga yang kaya. Kejayaan itu milik sesiapa sahaja yang gigih, bijak dan yakin dengan kemampuan yang dimiliki. Jangan gentar dengan cabaran atau rintangan yang ada. Kegagalan tidak dapat dielakkan, tetapi ia boleh dihadapi dengan penuh keyakinan.

ambil mana yang baik jadikan panduan ......

serlahkan bakat dirimu.....jom serlahkan aura mu...




keep reading, with luv from azuha

Wednesday, 22 July 2015

Post hari raya

#syukurselalu...raya dengan gaya #minazraya...lawa2 bajunya....support rakan2 niaga lain....

Tuesday, 7 July 2015

Tempat berbuka puasa 2015

Tempat berbuka puasa bersama teman teman tahun ni kami pilih #ekuestrianputrajaya....

Makanan best tak...

Bestttt....tapi sebab xcited nak makan tak ambil gambar makanan pun...

Yang pasti semua enjoy sebab.. sebelum berbuka..anak2 dapat naik kuda lagi....masing2 takut tapi bila dah naik..nak pusing banyak kali...

Yang pasti my lil girl terkejut sebab datang tempat #tengkuzaril dalam #hatiperempuan...dia minat sangat hero dalam citer tu..tu bila sanpai sana tup2 dalam radio pulak lagu hazama ..mula lah dia ingat citer tu...

Then bersama group kami pada hari tu ada #tunM berbuka di sana gak...so ala lagi snap gambar la...dok anap gambar kekawan lupa gambar sendiri tak ada...aduhai...

So layanzź gambar2 ini.....syukur dengan rezekinya...dapat berkongsi....

Bajuraya 2015 ...

Jom lawati Dnarissa @kompleksdiamondbangi dan dapatkan pelbagai gaya bajukurungmoden for a best deal....

Monday, 6 July 2015

Hurry up...grab this in 10 days upward...

Powerful Tips for the Last 10 Nights - by Sheikh Tawfique Chowdhury :

1. Do not let your 'performance' until now affect your last 10 days. The moment of forgiveness could be today or anytime in the coming days! It is not all lost! If you sincerely wish it could have been better - Chin up and get ready to make it your best yet! Start with a positive, sincere intention!

2. Today, take a little time to read the Tafseer of Surah al-Qadr to understand what actually happens this night! You will feel its power & greatness so much more!

3. Do not wait for the 27th Night to give it your "all". The entire last 10 days should be your target. Stay up each night! Would you want to miss Laylatul Qadr even "by chance"?

4. Do not fall into any innovations/celebrations any masjid or culture might try to promote. Follow the Sunnah! The Prophet (sallAllahu 'alaihi wa sallam) guided us simply: "Whoever stays up and prays on Laylat al-Qadr out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven.”

5. Memorize and keep asking the dua' taught by Rasulullah (sallAllahu 'alaihi wa sallam): Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibb al-‘afwa fa’affu ‘anni (O Allaah, You are forgiving and You love forgiveness, so forgive me).

6. Prepare a short dua' list. Remember this is as awesome as it ever gets for a servant of Allah! The Night of Qadr, of Destiny! Consciously pick each and everything you crucially wish for in this dunya, in your deen, family, and in your aakhirah! Don't forget to include the brothers and sisters around the world who are suffering and in grief!

7. Take brief naps during the day, if possible. Keep your stomach light and sleep as soon as you have prayed 'isha. Do not delay! After a brief nap, refresh yourself and get. ready for worship.

8. Don't neglect your family! Rasulullah made it a point to wake up his wives throughout these nights! And yes, your children are not too young to stay up some part of the night - if they can be allowed to play video games or watch TV, they can be inspired to be up atleast for sometime! Prepare them, make them excited, plan some activities for them to do!

9. Look the Part: The way we dress and prepare.has a big effect on our psychology. Wear your best, perfume yourself, and feel the energy!

10. Choose a spot, whether in the Masjid or in your home, where you can have peace and solitude. Keep your mushaf, praying mat, and water at hand so that you are not distracted by constantly getting up for this or that.

11. IMP: This is not the night to tweet pics or update FB statuses about how amazing the night is and how you are feeling & worshipping Allah! Let that be a secret between you & your Rabb! So switch off those phones, wifi, laptops and computers. Disconnect with the world, and connect with al-'Afuww!

12. If you find yourself feeling sleepy, vary your acts of worship. Alternate between qiyaam, heartfelt dua'a, reading the Qur'an. Do not spend the night listening to lectures or recitations. Or do it only for a short while when you feel the sleep coming on!

13. Patience is the Key: The last 10 days might be tiring. You might still have work or school. This is the time to bear all that hardship, and keep firm sabr. Think how Allah has blessed you with this tremendous opportunity that might NEVER come again in your life again. If you knew for sure that this was your last Ramadan , if you knew certainly that Jannah was up for grabs, wouldn't you sprint for it no matter what it takes?

14. This is most important: Keep husn adh-dhann bi Allah (good expectations from Allah). When you ask, remember you are asking the Most Generous King. If you hope for the best, He will give you the best. Don't hold back. Trust in Him, pour out your heart in front of Him, and let no doubt, no barrier, no evil thoughts keep you away from ar-
Rahman, ar-Raheem!

Allahumma ballighna layl atal qadr.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...