MENGENALI KEPERIBADIAN RASULLULLAH SAW
HARI NI DI OFIS SIBUK DENGAN PERSIAPAN UNTUK MENGADAKAN FORUM PERDANA SEMPENA MAAL HIJRAH.....SO JEMPUT BERAMAI-RAMAI DI PERKARANGAN IBU PEJABAT TEKUN NASIOANL DI BANDAR TASIK SELATAN...
BERSAMA-SAMA INI ZUHA NAK SHAREKAN DENGAN U ALL ABOUT THIS SPECIAL POST....
Indahnya Rupa Fizikal Rasulullah SAW
Berikut ini dipetik beberapa hadith yang menerangkan
ciri-ciri fizikal insan yang kita telah banyak terhutang budi dengannya, insan
yang kita cinta, insan yang kita kasih, insan yang kita ikut, iaitu Rasulullah
sallAllahu `alaihi wasallam.
Hadith-hadith ini telah disalin dari kitab yang sangat
terkenal iaitu kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad)
yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi. Kitab ini menyenaraikan sifat-sifat
fizikal, sifat-sifat akhlaq dan cara kehidupan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi
wasallam secara agak terperinci.
Hadith 1:
Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi
bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku
memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah
daripada bulan purnama”
(HR at-Tirmidzi)
Hadith 2:
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun
bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang,
(rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus
oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda diwafatkan oleh
ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban
yang terdapat di kepala dan janggutnya.”
(HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)
Hadith 3:
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang
sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak
kerinting dan tidak lurus. Warna kulit Baginda putih kemerahan. Jika berjalan,
pergerakannya condong ke hadapan.”
(HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)
Hadith 4:
Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh
sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara
kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambut yang lebat terurai ke bahu
sampai ke telinganya. Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak
pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.”
(HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Hadith 5:
Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang
menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan
memakai pakaian yang berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah.
Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu
Baginda bidang. Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.”
(HR Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
Hadith 6:
Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan
dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang
sendi besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila
Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun
dari tempat yang tinggi. Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan
Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda meninggal
dunia)”
(HR at-Tirmidzi)
Hadith 7:
Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang
sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:
Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu
pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak
kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya
tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.
Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan
bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih
daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai
pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.
Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan
tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari
tempat yang tinggi. Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling
serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya,
terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah merupakan
seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang
kata-katanya paling jujur.
Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah
dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh
rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu
nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya
akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya,
samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.”
(HR at-Tirmidzi)
Hadith 8:
Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai
sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki
nama samaran Abu `Abdullah). Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak
mengetahui sifat Rasulullah. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan
beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda. Inilah yang
dikisahkan oleh Hind:
“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa.
Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. Baginda
lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang
tinggi. Kepalanya besar (padan dengan dadanya yang bidang dan tubuhnya gagah).
Rambutnya beralun. Apabila rambut bahagian depannya
terurai, Baginda membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya
dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah
menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga). Warna kulitnya
putih kemerah-merahan.
Dahinya luas. Keningnya panjang melengkung bagaikan dua
busur panah yang terpisah. Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang
kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidung Rasulullah mancung, di hujung
hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya
betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang
sebenarnya).
Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya
lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi. Bulu dadanya halus. Lehernya
indah, tegak dan kuat.
Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang,
perut dan dadanya sama rata. Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang
sendinya besar. bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih
bercahaya.
Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh
seperti garisan. Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih. Kedua-dua bahu dan
dada bahagian atas berbulu halus.
Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya
lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang,
lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua
kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.
Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan
kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan
tawadhu`. Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang
turun dari tempat yang tinggi. Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan
kedua-dua bahunya serentak.
Pandangan matanya terarah ke bawah. Baginda menundukkan
kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit.
Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di
belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih
dahulu memberi salam.”
(HR at-Tirmidzi)
Akhir
kata dengan beberapa hadis yang menerangkan tentang ciri nabi kita maka sedikit
sebanyak kita sudah mengenali nabi dan dapatlah kita berusaha untuk mencontohi
baginda. InsyaAllah.
(DIPETIK DARI SUMBER : AZMAN YUSUF , KETUA JABATAN SYARIAH, TEKUN)
Comments