Thursday, 10 January 2013

TIP GEMBIRAKAN HATI SUAMI DAN ISTERI

salam dan selamat malam, semoga malam ini malam yang indah buat teman-teman....

so malam-malam ni kita kongsi sesuatu hebat......untuk kita menjadi lebih hebat.....wow...

Tip Gembirakan Suami

  1. Senyum dengan gaya mengoda pada suami anda. Senyuman boleh memecah suasana tertekan dan boleh beri perasaan senang hati pada anda dan juga suami anda. Senyuman isteri adalah pengubat duka seorang suami. Buat hatinya tertanya kenapa anda senyum. Biasanya lelaki atau suami akan lebih memberi perhatian kepada anda sekiranya anda senyum kerana hal ini menunjukkan ada sesuatu pada anda dan biasanya juga ia akan berusaha untuk mengetahui rahsia disebalik senyuman itu. Senyuman rahsia gembirakan suami.
  2. Sentiasa berdoa pada Allah untuk tunjukkan jalan yang lurus pada suami anda. Tiada yang mampu menggembirakan suami anda melainkan Allah S.W.T. Setiap usahanya yang baik atau perkerjaan si suami mungkin sukar untuk si isteri membantu secara langsung yang mungkin terbatas disebabkan kemampuan dan kudrat. Oleh itu anda sebagai isteri haruslah sentiasa mendoakkanya beroleh kejayaan. Disebalik suami yang berjaya adalah isteri yang baik berada di belakangnya.
  3. Jangan terlalu membincangkan mengenai kewangan dengan suami anda. Wang sentiasa akan jadi punca pergaduhan. Elakkan berbincang mengenainya kecuali untuk perkara – perkara tertentu. Hal ini ditekankan lebih-lebih lagi ketika situasi kewangan keluarga menghadapi masalah. Bila suami anda berada dalam keadaan tertekan, berusahala untuk membincangkan perkara lain yang boleh mengembirakan suami. Setelah keadaan reda, dan telah mempunyai situasi yang sesuai, barulah berceritakan soal kewangan.
  4. Sentiasa pandang tepat ke arah mata suami anda ketika anda berdua sedang berbual. Pandangna mata yang anda beri adalah bukti anda beri perhatian pada suami anda. Bila berbual, selingkan dengan senyuman dan jenaka. Berkelakuan nakal juga boleh mewujudkan suasana manja yang pasti mengembirakan anda berdua namun jangan berlebih kerana ia boleh merubah perbualan menjadi bosan dan menjengkelkan. Berbuallah dengan sesuatu perkara yang baru dan tarik minatnya supaya dapat gembirakan suami.
  5. Jangan terlalu kisahkan hal – hal yang kecil. Jangan terlalu cepat merajuk atau terasa hati. Jadi seorang isteri yang matang. Bergelar isteri adalah merupakan tanggungjawab. Berusahalah untuk memikul tanggunjawab itu dengan gembirakan suami anda. Jika anda beremosi dan selalu sensitif dengan perkara yang remeh temeh. Berperangai seperti itu akan membuatkan suami anda bosan dan rimas. Tarikan pada suami adalah seorang isteri yang ‘independent’ atau berdikari. Si suami akan mudah berasa gembira sekiranya isterinya tahu perkara yang patut dibuat dalam kebahagiaan rumah tangga. Sebagai contoh, memasakkan lauk kegemaraan atau mengemas rumah sebelum si suami pulang dari kerja sudah cukup membahagiakan dia.
  6. Dengar apa yang suami anda kata dan ikut segala nasihatnya jika nasihat itu betul dan mengikut lunas. Kadang-kadang, ada situasi arahan dari suami anda mungkin anda tidak setuju, namun sebelum membuat keputusan membidas arahan itu, fikir terlebih dahulu baik buruk keputusan arahan itu, jika kurang sesuai cuba senyum dan perkatakan cadangan anda untuk disesuaikan dengan arahan itu. Bila anda senyum dan mula berbincang dengan tolak ansur, “nasi yang keras akan lembut bila disiram dengan air”.
  7. Jangan berleter dan lebihkan amalan bercakap apabila perlu. Suami anda pasti akan sakit hati jika anda selalu berleter. Perasaan geram meluap-luap akan timbul bila anda kerap berleter. Hal ini adalah kerana berleter bukanlah sesuatu perkara yang seronok didengar. Ubahlah sikap suka berleter kepada bicara lembut dan penuh pengisian. Bercakap hanya kepada perkara perlu dan ringkas akan membuatkan suami anda senang dan berasa gembira.
  8. Jika suami anda baru pulang dari kerja, anda berikan dia ruang untuk berehat sebelum memulakan perbualan mengenai masalah rumah tangga. Jika anda lihat dia berehat, bagi masa dia berehat juga sebelum anda merapati dia. Tegur hanya ketika waktu perlu seperti makan atau solat.cara gembirakan suami
  9. Sentiasa berikan dia dorongan dan semangat. Itu adalah merupakan nafkah zahir yang anda sebagai isteri perlu suapkan kepada suami. Sentiasa menyokong usahanya dengan memberikan sepenuh komitmen untuk anda tunjukkan kesungguhan anda. Tahukah anda, suami akan berasa ceria dan gembira apabila anda menunjukkan minat terhadap kerjanya seperti bercakap banyak tentang hal pekerjaanya itu, dan bertanyakaan soalan yang penuh dengan minat. Lelaki mempunyai sifat ego terhadap kerjayanya dan perkara yang anda perlu lakukan adalah ‘bodek’ suami anda untuk membuatkanya puas dan gembira.
  10. Berikan segalanya ketika melakukan hubungan seks. Jangan hanya duduk diam sahaja, anda juga perlu beraksi. Suami pastinya suka pada aksi isteri yang melayannya dengan bersungguh. Anda tidak perlu segan, dan perbuatan diam atau malu adalah sebenarnya perkara yang tidak bertanggungjawab. Isteri yang aktif dan kreatif mampu membuatkan si suami gembira dan bertambah sayang.

“Gembirakan suami, Hidup keluarga pasti ceria”

 TIP MENGEMBIRAKAN ISTERI ......


gembirakan suami

Tip pertama : Ucapkan maaf setiap kali anda lakukan kesalahan
Jika anda lihat isteri anda berada dalam keadaan sedih atau serba salah, anda minta maaf pada dia walaupun itu bukan salah anda. Isteri anda pasti akan gembira jika anda katakana maaf kerana dia tahu itu bukti anda sayang dan ambil berat pada dirinya.
Tip kedua : Hantar bunga dan coklat
Bunga dan coklat adalah antara perkara yang boleh memberi kegembiraan pada isteri anda. Berikan dia bunga dan coklat sebagai bukti anda mencintai dia. Dia pasti akan rasa sangat di sayangi jika anda beri dia hadiah.
Tip ketiga : Beritahu dia anda cintakan dia dan anda tidak mahu dia rasa sedih
Apabila anda lihat dia sedih atau putus asa, anda pujuklah dia dengan kata – kata cinta. Beritahu dia yang anda tidak mahu lihat dia berada dalam keadaan sedih. Pujuklah dia sehingga dia mula senyum pada diri anda.
Tip keempat : Mengaku akan kesalahan anda dan berjanji tidak akan ulanginya lagi
Jika isteri anda rasa tersinggung dengan kesalahan yang anda lakukan. Anda akuilah kesalahan tersebut dan berjanji untuk tidak lagi ulanginya pada masa hadapan. Jangan hanya berkata di mulut tetapi terus kepada bertindak
Tip kelimat : Bawa kesegaran dalam rumah tangga anda
Anda boleh gembirakan hati isteri anda dengan membawa kesegaran dalam rumah tangga anda. Jika sebelum ini anda tidak pernah mengurut isteri anda, anda boleh cuba untuk urut isteri anda. Bawa masuk aktiviti yang segar dalam suasana rumah tangga anda dan dia pasti akan gembira. (perkongsian dari blogspot kumbangjingga)

"AIIKK...KENAPA WANGI AJE....BILIK TIDUR MALAM NI..... "

"KENAPA MASUK TIDUR AWAL MALAM NI...."

OPPSSSS...LUPA ....MALAM JUMAAAT..................

Malam Jumaat Waktu Terbaik Untuk Hubungan Intim?


Saya pasti kita sering mendengar perihal malam Jumat adalah waktu yang baik untuk melakukan hubungan seksual bagi pasangan suami isteri. Hubungan seksual yang sihat dan menyenangkan seringkali mempengaruhi keharmonian rumah tangga. Banyak penelitian yang dilakukan untuk meningkatkan hubungan seksual yang sihat dan menyenangkan bagi pasangan.

Dari makanan terbaik hingga waktu terbaik yang dapat meningkatkan hubungan seksual telah dikaji oleh para penyelidik. Penelitian tersebut bertujuan untuk mengetahui cara meningkatkan hubungan seksual yang sihat dan harmoni bagi pasangan.

Sebuah penyelidikan dari London School of Economic, menyebut "Hari Khamis adalah waktu terbaik untuk melakukan hubungan seksual". Menurut penelitian ini, hari Khamis merupakan saat tingginya kadar hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita. Kedua hormon ini memacu munculnya rangsangan seksual. Semakin tinggi kadarnya, keinginan intim semakin kuat.

Selain itu, Khamis juga menjadi titik puncak terbentuknya energi kortisol. Zat ini merangsang kuat terhadap hormon seks. Jadi, anda boleh melakukan hubungan intim sepanjang hari Khamis dengan penuh ghairah. Dan, kalau mahu melakukannya pada Khamis malam (malam jumaat), akan terasa lebih hebat.
Tahap kortisol yang merangsang hormon seks, berada pada tahap tertinggi pada hari Khamis, terutama pada Khamis pagi. Kadar testosteron pada lelaki dan kadar estrogen pada wanita tertinggi berada pada hari Khamis, tepatnya pagi hari, iaitu 5 kali lebih tinggi. Selain itu, pada hari Khamis biasanya orang tidak suka berasa stress sehingga mendorong untuk melakukan hubungan seksual.
Oleh itu, seks yang dilakukan malam hari, mampu meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel tubuh. Fungsi organ tubuh yang menyebabkan metabolisme tubuh lancar. Aktiviti seks akan lebih bermakna.

Sedangkan hari terbaik untuk melakukan hubungan seksual ketika cubaan untuk hamil adalah hari dimana seorang wanita melihat adanya lendir atau cairan serviks yang paling subur. Lendir serviks yang subur adalah debit serviks yang menyerupai putih telur mentah dan biasanya muncul pada hari sebelum ovulasi.

Berdasarkan hasil penelitian lain menyatakan bahawa, hubungan seksual selama 6 hari sebelum ovulasi memang memiliki kemungkinan yang lebih tinggi untuk menyebabkan kehamilan.

Kualiti dan kuantiti sperma menurun setelah 10 hari tidak melakukan hubungan seksual. Kualiti dan kuantiti sperma terbaik adalah setelah 1 atau 2 hari tidak melakukan hubungan seksual. Justeru, malam Jumaat terbaik melakukan hubungan intim?- (artikeldari zamzarinazambri)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...