DIMANA TAHAP KEWANGAN ANDA
TAK KIRA SIAPA KITA.....KITA MESTI TAHU TAHAP KEWANGAN KITA.....SEBAB KEWANGAN ADALAH SALAH SATU SUMBER KEHIDUPAN KITA....SETUJU ATAU TIDAK JUST CHECK IT DOWN WITH THIS IMPORTANT TO SHARE IT!
ZUHA SUKA DAN SELALU SEMAK TIP KEWANGAN YANG DIBERIKAN OLEH DR.IRFAN KHAIRI . SO SILALAH BACA DAN FIKIRKAN....
Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai
kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan
kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat,
kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai
matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu
ketahui poin A.
Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat
ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai
keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!
Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.
Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?
1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam
erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara
hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang
kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup
dengan wang simpanan yang ada.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan
sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern
ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan
bulan depan
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat
ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda
esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan
keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren
amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!
2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.
Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu
mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung
pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di
tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk
menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!
Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat
menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda
merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda,
tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada
pendapatan anda bukan?
Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan
merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%,
tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8%
sehingga 10%.
3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…
Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan
berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina
perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau
membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin
pengurus).
4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)
Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.
Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan
oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah
berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat,
walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti
melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali,
bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja
kerana cintakan kerja- dan bukan wang!
Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!
(sumber : Dr. Irfan khairi )
Comments