Monday, 4 February 2013

ITIK ATAU ANGSA.....

kita mesti mempunyai azam yang kuat untuk mengatasi kelemahan diri....

mari berkongsi satu cerita kanak-kanak anderson.....

anak itik yang hodoh akhirnya membesar menjadi seekor angsa yang cantik...



Sejak kecil dia dibela oleh ibu itik, sehingga dia sendiri menganggap dirinya seekor itik - seekor itik yang sangat hodoh. Rupa parasnya sungguh berbeza daripada anak-anak itik yang lain. Anak itik yang hodoh ini tidak pernah mempersoalkan identiti dirinya. Dia selalu menngkagumi keanggunan dan kejelitaan angsa serta gerak geri angsa yang menawan. Rasa rendah diri menyebabkan anak itik itu memandang angsa dari jauh lalu berfikir , "alangkah seronoknya jika saya dapat menjadi menawan dan anggun suatu hari nanti!"

Satu hari, itik hodoh itu diejek dan dibuli lagi oleh adik-beradiknya. Dengan perasaan hiba, dia menangis di tepi sungai sambil termenung."Air sungai hari ini sungguh jernih!" Tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang seekor angsa yang sangat menawan di permukaan air sungai. "siapakah itu?" Itikmengamati bayang-bayang itu, maka sedarlah dia bahawa angsa yang menawan dan anggun itu tidak lain tidak bukan adalah dirinya sendiri!



Cerita anak itik yang hodoh ini terkenal diseluruh dunia, namun dunia ini masih penuh dengan manusia yang bagaikan "angsa", tetapi sentiasa mengangggap dirinya bagaikan itik yang hodoh. Mereka selalu cemburu akan orang lain yang memakai baju cantik, menikmati kehidupan mewah dan berjaya dalam kehidupan.

Adakah mereka sebenarnya ingin memiliki kejayaan seperti orang lain?

"Tidak berani memikirkannya!".......orang sedemikian...langsung tidak berani mempunyai impian.....

ANDA BAGAIMANA.......??????

SETIAP KITA ADA KELEBIHAN TERSENDIRI........

SAYA....?????? SAYA YAKIN DAN SAYANG DIRI SAYA



saya puas hati dengan apa yang saya hendak dan dapat sebab saya tahu apa yang saya inginkan

walaupun kita tidak dilahirkan cantik seperti mana model atau ratu atau seumpamanya tapi
saya yakin saya cantik dan boleh bertambah cantik ....
  
CANTIK???? BUKAN HANYA DIMUKA.......
dan yang paling penting kita berjaya kuasai apa yang kita inginkan...

TIDAK BERJAYA...????? KERANA KITA SENDIRI TIDAK BERUSAHA UNTUK MENCAPAINYA...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...