KONGSI RAHSIA... #SOICHIRO HONDA

salam,

kali ini zuha nak berkongsi kisah yang menaikkan semangat zuha dalam kehidupan ini...

kisah seorang anak jepun yang masyhur, Soichiro Honda....pernah dengar??????





Dalam tahun 1938, Honda telah melaburkan semua wangnya ke dalam sebuah bengkel kecil tempat beliau mula berusaha untuk menghasilkan gelang omboh untuk dijual kepada syarikat Toyota.Untuk terus kekal dalam perniagaan , beliau terpaksa mengadai semua barang-barang kemas isterinya. Setelah menyiapkan gelang ombohnya, Toyota menolak produk itu dengan mengatakan bahawa ia tidak memenuhi piawaian mereka. Honda kembali bersekolah selama 2 tahun dan reka bentuk beliau telah disifatkan sebagai tidak munasabah oleh pengajarnya serta rakan-rakan penuntut yang lain. Tetapi selepas 2 tahun, reka bentuk baru beliau telah diterima. Toyota memberi kontrak kepadanya.

Ketika itu timbul masalah baru dimana kerajaan Jepun sedang bersiap sedia untuk berperang dan enggan memberinya bekalan konkrit yang diperlukan untk membina kilang. Walau bagaimanapun dia tidak berputus as malah mengumpul ramai pekerja nya untuk membuat konkrit sendiri dan menyiapkan kilangnya. Semasa peperangan kilangnya telah mengalami kebakaran 2 kali dan beberapa bahagian besar kilangnya telah musnah.

Beliau tidak bermurung dengan kemusnahan itu, tetapi beliau bergegas keluar dan mengumpulkan orang-orangnya untuk mengutip tin gasolin lebihan yang telah dibuang oleh kapalterbang pejuang AS , menggunakanya sebagai bahan mentah untuk kilang pembuatannya.

Kemudian gempa bumi pula memusnahkan kilangnya sehingga akhirnya beliau memutuskan untuk menjual kilang gelang ombohnya kepada Toyota.

Selepas itu beliau mencuba beberapa usaha niaga pembuatan lain tetapi semuanya gagal. Akhirnya dalam tahun 1947, selepas perang, masalah kekurangan gasolin yang besar berlaku di Jepun. Honda tidak dapat menggunakan keretanya untuk mendapatkan makanan kepada keluargnya . Dalam keadaan mendesak , beliau telah memasang sebuah motor kecil kepada basikalnya dan selepas itu , seorang demi seorang jirannya meminta Honda membuat kenderaan yang sama untuk mereka sehingga belaiu kehabisan motor. Beliau akhirnya memutuskan untuk menceburi perusahaan membuat motor dan memulakan sebuah kilang untuk melakukannya.

Tetapi menjelang waktu itu , pihak kerajaan jepun telah mengeluarkan undang-undang menghadkan penggunaan gasolin. Untuk menjalankan motornya , Honda akan memerah damar pokok pinus dan mencapurkannya dengan gasolin untuk menyembunyikan bau gasolin


Untuk mengutip wang bagi kilang motosikalnya, beliau telah menulis surat kepada 18,000 orang pemilik basikal dan menerima 5,000 jawapan yang memberi kesanggupan untuk meminjamkan modal kepadanya. Apabila motosikal tersebut telah siap hanya segelintir kumpulan tegar sahaja yang membelinya kerana ia terlalu besar ! Akhir sekali belaiu telah menghasilkan model Honda Cub, dan kisah seterusnya kini telah menjadi sejarah.









(petikan dari buku Berani Gagal dari Billy Lim)

so apakah kita boleh setabah dan sesabar Honda dalam melestarikan impian kita. Kadang kala kita sendiri tahu diri kita banyak idea dan kita yang yakin boleh mencapainya tapi satu  faktor yang membantutkan atau mengagalkan kita adalah sikap cepat berputus asa.

adakah anda harus padamkan atau lupakan impian anda semata-mata kerana anda belum mencuba atau telah gagal pertama kalinya...

berhenti seketika! tanya diri anda , apa anda mahu?/







so selamat berhari minggu dan gunakan masa dengan berfikir dengan berfaedah !

keep reading, with luv from azuha

Comments

Popular posts from this blog

PREMIUM BEAUTIFUL SIDE EFFECT...HELP U MORE...

CARA PAKAI BRA YANG BETUL

Maalhijrah2016