Abdul Rahman Bin Auf saudagar tuhan

salam jumaat 

semoga hari ini memberi kita kebahagiaan dunia dan akhirat..

kejayaan dan keberkatan dalam kehidupan dan rezeki yang melimpahruah.....syukur ya allah dengan nikmatmu....

dah sembahyang dhuha kawan-kawan.....

pagi jumaat ni zuha nak share satu cerita mengenai seorang saudagar tuhan yang bernamaAabdul Rahman bin Auf. 
Saidina Abdul Rahman Bin Auf adalah seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan, 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga di waktu beliau meninggal , tatkala dihitung seperempat dari kekayaannya menyamai jumkah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah ruah itu, beliau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin. Beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan sebahagiannya kepada orang-orang yang memerlukannya. 


pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengn senjatanya, pakaian dan makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.
Berjihad ke jalan Allah dengan harta kekayaan yang dianugerahkannya..... ada orang bertanya kenapa dok kerja kekayaan????? apa la ada pada harta.....???,

pandang secara meluas, bukan untuk ketamakan diri sendiri, kalau kita ada duit kita dapat menyelesaikan segala hutang piutang kita, beri kepada orang yang memerlukan , keluarkan zakat yang lebih untuk amal jariah kita , bina masjid , rumah anak yatim dan segala amal jariah lain untuk bekalan kita di sana kelak. Jangan pandang harta sebagai merosakkan tapi kalau kita tahu menggunakannya ke jalan yang baik nescaya kita semua berusaha mencari harta.

so fikir-fikirkan para sahabat......





keep reading, with luv from azuha

Comments

Popular posts from this blog

PREMIUM BEAUTIFUL SIDE EFFECT...HELP U MORE...

CARA PAKAI BRA YANG BETUL

ajari aku untuk bisa......bersedekah...