anak o anak......


seronok mempunyai anak kan.....

sesungguhnya anak merupakan harta yang tidak ternilai......

anak lah penyeri rumah tangga , anaklah boleh dijadikan teman.... (teman memasak, teman bekebun, teman shopping...hahaha)

sehari kalau tak jumpa anak...resah gelisah kan....????? 

bagi zuha kadang-kala zuha boleh tersenyum sendiri mengingati tingkah laku mereka....malah jangan terkejut , kalau terserempa dengan zuha di jalan raya sambil memandu boleh tersenyum-senyum sendirian dan kadangkala juga zuha akan panggil nama manja anak-anak atau mengaju cara cakapan mereka terutama dengan si bongsu.......(" E'in mano anok kesayangan umi nih,......nur ain.....malisha....dengan nada pelat sikit-sikit )

dna zuha rasa apa yang zuha kerja pun  untuk mereka ,......cuba sediakan yang terbaik...

dulu masa mula-mula kawin tinggal di rumah flat je ......anak pertama, masuk anak kedua kami cuba sedaya mungkin miliki rumah teres untuk keselesaan anak-anak......masuk anak ketiga...alhamdulillah murah rezeki rumah besar sikit yang ada laman...untuk senang anak-anak bermain....

so untuk anak-anak ini kita sanggup buat apa saja....cuma setakat ni zuha masih belum mampu untuk take care sepanjang hari sebab perlu bekerja . hanya pada waktu malam 2, 3 jam saja dengan mereka sebelum masing-masing masuk ke bilik tidur........

anak-anak ada sifat dan attitude masing-masing yang kadangkala kita rasa payahnya nak bentuk anak-anak ni.....tapi alhamdulillah dengan 3 orang kiddos ni , zuha dapat faham perangai masing-masing, 

apa yang kita buat , itulah yang ditiru oleh mereka dalam proses tumbesaran mereka...

zuha nak cerita sikit pasal anak teruna zuha seorang ni, sekarang berumur 11 tahun , dia ada geng dia yang selalu bermain di rumah dan akrab dalam kumpulan 5 orang sahabat , zuha menggalakan mereka bemain di rumah sebab senang zuha nak pantau....mereka ni adalah geng surau, tiap hari mesti ke surau untuk solat magrib selepas waktu bermain di padang. 

apa yang menyentuh hati , si abang ni kebiasaannya kalau dia nak solat isyak dia pasti ke bilik zuha untuk solat sebelum tidur, suatu malam dia terus masuk tidur tanpa solat, setengah jam kemudian dia datang ke bilik zuha , zuha tanya kenapa ??? kan dah tidur???, dia kata "abe tak solat isyak tadi, abe tak boleh tidur..." rupanya......zuha tersentak dan menitis air mata, sebab kalau dia boleh ada perasaan sebegitu sepanjang hayatnya......"ya allah masukkan anakku ke syurga firdaus mu...dan kau tetapkan lah imannya andai suatu hari nanti aku dan suami tiada di sisinya....".

so memang betul pepatah mengatakan melentur buluh biar dari rebungnya......kerana ibu dan ayah adalah idola mereka ....tabiat ibu ayah membuat mereka mengikutinya....


so kawan-kawan , kerja- kerja juga, anak-anak perlulah kita peluk setiap hari biarpun 5 minit seorang, setiap malam sebelum tidur mereka akan salam , peluk umi dan abah dan ucapkan salam.....bahagiakan......

sebab itu zuha cuba buat bekalan di masa sekarang untuk kesenangan di hari esok.....anak-anak semakin membesar, lagi banyak masa yang perlu diruangkan......







keep reading, with luv from azuha

Comments

Popular posts from this blog

PREMIUM BEAUTIFUL SIDE EFFECT...HELP U MORE...

CARA PAKAI BRA YANG BETUL

Maalhijrah2016