HARI KHAMIS YANG BERHAJAT......


salam dan mari kita berzikir di pagi khamis........





Hari Khamis merupakan hari yang ke-lima, 
sebab itu dalam Bahasa Arab ditulis sebagai
 Ø§Ù„خميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”. Buat
 pengetahuan pembaca sekalian, hari Khamis
 merupakan hari yang baik untuk menunaikan
 Hajat. Kerana Allah memerintahkan
 Penunaian. Maka barang siapa yang berhajat
 kepada manusia, maka hendaklah ia
 memintanya pada hari Kamis.
Antara peristiwa yang boleh kita ambil
 iktibar dan pengajaran berlaku pada hari 
Khamis menurut sejarah Islam adalah:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.


2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa

 dengan Nabi Yusof setelah mereka 

membuang dan mengasingkannya.. (pada 

masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir

yang terkenal).


3. Bunyamin
 
iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke 

mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.


4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…

untuk bertemu anakandanya yang dirindui.


5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari

 Khamis untuk mengajak firaun menyembah

 kepada Allah SWT

.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah 

selepas perjanjian Hudaibiyah.



Selain itu pada hari Khamis ini juga
 disunatkan untuk ummat Islam melakukan
 puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan
 kelebihan berpuasa sunat pada hari ini
 kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat
 puasa pada hari Khamis. Dalilnya disunatkan 
berpuasa hari Khamis:

Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a.
 menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah
 s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin
 dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi.
 Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).
Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
 Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-
amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan
 Khamis. Maka aku menyukai dibentang 
amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku 
berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

so kepada frenz yang berhajat nak mulakan
 perniagaan tu , terus mulakan hari ini
 dengan hajat ingin mencari rezeki Allah
 yang halal dan diberi pertunjuk oleh Nya....


keep reading, with luv from azuha

Comments

Popular posts from this blog

PREMIUM BEAUTIFUL SIDE EFFECT...HELP U MORE...

CARA PAKAI BRA YANG BETUL

ajari aku untuk bisa......bersedekah...