#CREAMY BUTTER CRAB......WADUH MENGANCAM


HARI INI ramadhan ke 21 . kejap aje .....pejam celik , pejam celik , ramadhan sudah berada di hari-hari pengakhiran kan.....

but kita perlu kuatkan imam dan gagahi diri supaya sentiasa  bersemangat untuk menjalani ibadah ini dengan tenang dan sabar....

Dalam pada melatih diri kita untuk bersabar....tugas sebagai ibu perlu dilaksanakan dengan pelbagai kerenah anak - anak kan.....terutama bila nak mengajar mereka berpuasa ni......ada suatu ketika sampai anak nak minta buka puasa di kala jam menunjukan setengah jam lagi nak berbuka......so si ibu kena pandai-pandai sabakan mereka......diplomasi k

dan salah satu cara zuha nak tarik minat mereka berpuasa adalah dengan melayan apa saja yang mereka minta nak makan bila time berbuka.......

kebiasaanya zuha akan tanya suami dan anak-anak apa yang nak dimakan .....abahnya boleh dikatakan akan kata "masaklah umi , abah makan saje..." dua orang kanak-kanak comel ni (kakak dan abang) akan sebut pelbagai menu yang dia orang nak makan la....

so kalau pilihan si kakak.....masak ketam...(dia memang favourite..seafood ni ) ,

ketm ni zuha dah biasa masak lemak cili api , kerutuk , kari dan masak merah......so kali ini my choice nak masak #creamybuttercrab so that tak le pedas sangat untuk kids kan...(pastikan mereka tidak berbuka dengan masakan pedas untuk keselamatan perut k...)

so kalau ada yang nak cuba ...zuha sharekan resipinya.....mana tahu kot-kot ada yang nak cuba...di kala kekeringan idea nak masak tu....


bahan -bahan nya ;

ketam sederhana besar 6 ekor ( ikut keperluan masing -masing )

1/2 buttercup or kalau tak ada boleh guna majerin dorina dalam 3 sudu besar

susu sejat manis 1 tin

instant soup dari kimball 1/2 tin (depend nak perisa apa , chicken or mushroom )

daun kari 5 helai

bawang putih 3 ulas (dipotong kecil )

 cili padi (ikut keperluan dan dipotong kecil)

daun basil (ikut keperluan )

3 biji telur masin (ambil kuning sahaja)

cara membuatnya :

ketam hendaklah di purified dahulu untuk membuang toxin sebab sumber makanan seafood ni banyak toxin nya (kalau ada bio zone food purified le ...) , untuk makanan lebih sihat dan tahan lama serta sedap dimakan (baca keistemewaan bio zone food prufier disini :


ketam dipotong dua (gaul dengan sedikit garam ) goreng dan sampai nampak semua bahagian cengkeramnya dah berwarna merah , ketepikan

panaskan butter dan setelah ianya cair masukan bawang putih dan cili padi  

masukan susu sejat

daun kari dan tuangkan kuning telur (yang telah dikepuk) pelahan-lahan ke dalam kuali 

masukan instant soup dan kacau biar sebati

masukan ketam tadi dan tabur daun basil...secubit garam

kacau sampai pekat dan hidangkan...

senangkan.....


cubalah anda pasti tertawan



keep reading, with luv from azuha

Comments

Popular posts from this blog

PREMIUM BEAUTIFUL SIDE EFFECT...HELP U MORE...

CARA PAKAI BRA YANG BETUL

Maalhijrah2016