Monday, 22 July 2013

MENU FOR IFTAR TODAY ......#DAGING KERUTUK




tengahari cam gini pasti si ibu-ibu sudah sibuk melayari internet ke , tanya kawan-kawan ke ....nak masak apa ari ni.....kan ialah mesti dah kekurangan idea untuk masak for iftar kan....

so zuha nak kongsi dengan u olls masakan lauk .........

daging masak kerutuk........


pernah dengar tak masak kerutuk.......masakan ini guna juga serbuk kerutuk like as serbuk kari.......dan masakannya pekat sikit like as rendang .....

terangkat kalau kena dengan nasi minyak or nasi hujan panas........


cara masakannya :

pilih daging yang elok potong dengan ketebalan biasa (nak cepat empuk rebus dulu )

santan yang bersesuaian dengan dagingnya

kentang 2 ketul (dipotong 8 bahagian )

halia , bawang merah dan bawang putih (tumbuk ) , bawang merah + bawang putih separuh dimayang 

serai 2 batang (diketuk )

kayu manis , bunga pelaga 2 , 3 bijih

serbuk cili atau cili giling

serbuk kerutuk (saya beli di kelate)

air 

garam dan gula

asam keping ikut saiz asam , ( kalau kecil masukan 2 , kalau besar masukan 1)

cara buat :

panaskan kuali dengan minyak then tumis semua bawang yang ditumbuk dan dimayang , bilo naik bau masukan kayu manis buah pelaga , masukan serbuk kerutuk , masukan sedikit air , goreng hingga serbuk kerutuk nampak ala-ala garing dan masukan serbuk cili / cili boh , daging dan kentang dimasukkan ke dalam bahan tadi dan tambah sedikit air biarkan daging empuk , bila dah nampak daging dah semakin empuk dan bahan tumisan dah sebati dengan daging masukan santan sedikit demi sedikit , masukan gula garam dan asam keping , serai yang diketuk . setelah santan dimasukan , campurkan sedikit air yang berkadaran dengan santan (tak perlu cair 0 kemudian biarkan ianya berpekatan dan santan dah sebati dengan daging , masakan sehingga pecah minyak dan seperti santan dah pekat seperti rendang . dah siap....senang kan....

(sukatan : atas kalau setengah kilo daging , saya gunakan setengah kilo santan....dan kalau daging dah direbus empuk sebelumnya , sukatan air dalam masakan tak perlu banyak , sebab kerutuk bukan berkuah seperti kari , ianya berkuah pekat seperti rendang ) 


selamat mencuba untuk menu berbuka hari ini....

ingat : daging mestilah di rendam dengan bio zone food purifier supaya semua toksid dan lemah tak berguna nyah dari daging, masakan akan tahan lama )


keep reading, with luv from azuha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...