nak mulakan #perniagaan.....tipnya.....

kenapa kita perlu buat bisness....


anda minat bisnes ??  anda baru nak start berniaga ?   sedang mencari pernigaan untuk dimulakan.....

perniagaan memang merupakan 9 daripada 10 pintu rezeki.......terlalu luas ........kenapa kita asyik kejarkan 1 pintu sahaja....???  dan mengapa kaum cina terutamanya menceburi bidang perniagaan ??? dia orang baca ke hadis rasululah swt ni ??? kenapa kita sentiasa kaitkan perniagaan dengan kaum cina ??


kenapa perlu ceburi perniagaan ?......kenali dulu .......
saya nak kongsi satu cerita yang saya petik dari tip perniagaan #irfankhairi.......saya sangat suka dengan tip 1 minit perniagaan beliau...tq irfan khairi for sharing that slot.....

cuba teliti cerita ini......sang semut dan sang keldai.....


Tersebut kisah suatu masa dahulu......terdapat seekor keldai yang sedang berehat di bawah sepohon pokok . Keldai kepenatan kerana memikul barangan pemiliknya . Walaupun barangan itu tidaklah seberat mana namun keldai merasakan barangan itu adalah bebanan kepadanya dan setiap hari itulah kerja yang dilakukannya. 

Sedang dia berehat , dia ternampak segerombolan semut yang kelihatan sedang menyanyi riang bersama-sama walaupun mereka sedang membawa keping biskut yang banyak. Biskut itu kelihatan sangat lazat dan merupakan bebanan yang besar jika dibandingkan dengan saiz sang semut. Walau bagaimanapun keping-keping biskut itu diangkat dan diangkut juga oleh sang semut -sang semut itu. Keldai memerhati gelagat sang semut dan bertanya kepada semut . 

" hai sang semut sekalian ! kenapa aku melihat kamu sekalian membawa bebanan yang lebih besar dari kamu " kata keldai.....

Ketua sang semut menjawap " walaupun ianya besar dari saiz badan kami tapi kami bersatu padu dalam 1 kumpulan yang hebat.....kami saling tolong menolong....hasilnya kepingan biskut ini dapat kami bawa dalam satu masa dan makan beramai-ramai......lagipun biskut ini lazat dan untuk kami semua boleh menikmatinya....tapi kenapa kamu ni ku lihat amat letih hai sang keldai ..."
" iya aku sangat letih dan bosan dengan kerjaku ini....saban hari membawa bebana orang lain dan apa yang aku bawa ni bukan untuk aku pun.....upah aku kecil saja..." aku tak boleh bersuka ria macam kamu semua sang semut...kau lihat mana aku ada kawan.....segala tugasku diatur oleh tuanku....."

"huh....sungguh membosankan...." kata lagi seekor semut......." cuba eng kau tengok kami ......hidup dalam kumpulan dan sentiasa bersama.....membawa beban untuk kegunaan bersama....gembira kerana dapat apa yang kami mahu makan....."

" entahlah keldai ni, kamu mempunyai badan yang besar....tapi hidup diperintah orang lain...."

" baiklah kami semua nak mulakan perjalanan kami ke tempat tinggal kami untuk menikmati apa yang kami cari " kata ketua semut....
sang keldai termangu.....tergiang-giang kata-kata sang semut.....kenapa aku ada keistimewaan ....badan besar tapi hidup aku diperintah oleh tuan aku ????...... aku angkat beban yang bukan untuk aku.....????....


so apa yang kita dapat dari cerita di atas......kalau kita boleh fikirkan dalam kehidupan kita seharian....tapi zuha nak berkongsi dari sudut perniagaan.....

1. buat kerja untuk diri sendiri dahulu .....minat dan kemampuan kita.......percaya kita boleh buat.....potensi diri...walaupun tiada modal peluang sentiasa datang asalkan kita berani untuk mencuba .....

2. seseorang usahawan di dalam dunia perniagaan itu selalunya lebih besar dari dunia makan gaji , namun mereka akan ssentiasa tabah dan gembira menghadapinya.kerana mereka tahu mereka sedang berusaha untuk mencapai impian mereka sendiri dan bukannya impian orang lain atau impian majikan mereka.

3. mempunyai rakan dan teman dalam perjuangan ....semoga kalau kita alpa dan malas ada rakan kita yang membangkitkan semangat kembali.....ada teman dan mentor dalam tujuan yang sama....

4. hasil yang lumayan akan diperolehi selepas bersusah payah......contohnya semut dapat makan biskut yang sedap dan dalam kuantiti yang banyak kalau tidak bersaingan satu sama lain....

so tiada salah kalau kita sedang bekerja atau belajar dan kita mulakan dengan perniagaan sambilan dahulu sebagai langkah pertama......

jom sertai zuha dalam #glampreneur #dynamicleadersgroup.....kita bersama-sama dapatkan hasil yang 'manis' ........





keep reading, with luv from azuha

Comments

Popular posts from this blog

PREMIUM BEAUTIFUL SIDE EFFECT...HELP U MORE...

CARA PAKAI BRA YANG BETUL

ajari aku untuk bisa......bersedekah...